MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Upper bracket jadi sasaran, Ciku kembali dalam roster Todak!

atq_hyprgame
Kongsi

Dari awal pembukaan MPL Malaysia S9, pasukan Todak yang sentiasa berikan konsistensi & momentum terbaik hanya menyasarkan satu impian sahaja setiap kali MPL bermula iaitu untuk dapatkan tempat di upper bracket. 

Walaupun di awal minggu performa Todak kelihatan tidak begitu baik, mengenali Todak yang tidak putus-putus berikan kejutan, sukar untuk menafikan yang mereka tidak boleh comeback di minggu regular season yang akan datang. 

Minggu Ketiga Regular Season menyaksikan pasukan ini memberikan performa mereka yang sehabis baik selepas menjadi pasukan pertama yang pecahkan 100% win rate Team Caracal. Line up kedua Todak yang terdiri daripada Ajiqtusok sebagai Jungler mereka berjaya sekali lagi buktikan “Todak The Kings of Comeback”. 

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Sebelum ini, memang Ciku ada menyatakan dalam livestream beliau bahawa beliau ada perkara yang harus disiapkan terlebih dahulu. Jadi, itu menjadi sebab utama kenapa beliau berehat seketika dari MPL Malaysia S9. 

Tiada sebarang pengumuman rasmi tentang rehat Ciku dari organisasi e-sukan Todak. Mereka cuma menyatakan yang memang Ciku akan berehat sebentar. Peratusan untuk Ciku muncul dalam transfer window MPL Malaysia S9 adalah tinggi! Dan, akhirnya Ciku sah akan kembali semula dalam roster Todak bermula di Minggu 4.

Sumber: Todak MLBB

Minggu Keempat Regular Season akan membawa pasukan Todak berjumpa dengan RSG MY. Kita tahu RSG MY ada komposisi pemain yang sangat berbakat & memiliki mekanikal yang tinggi. Dengan hero pool yang Kuza miliki sebagai seorang Jungler, beliau adalah sasaran utama!

Seperti yang pemain-pemain Todak pernah katakan sebelum ini, mereka mahu buat yang terbaik dan dapatkan tempat di upper bracket. Minggu Pertama performa mereka tidak memuaskan & mereka berjaya buktikan penambahbaikan di Minggu Ketiga.

Minggu Keempat & Kelima akan menjadi minggu terpenting untuk semua pasukan mengumpul mata mereka sebelum Minggu Keenam mengambil alih arena. Minggu Keenam akan melihatkan pasukan dari Kumpulan A berjumpa dengan pasukan dari Kumpulan B. Lebih mencabar! Lebih berbahaya! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *