MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: 2-1! Suhaz Esports pecahkan lose streak Orang Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas Suhaz Esports memecahkan winstreak pasukan HomeBois pada Minggu Keempat Regular Season, pasukan itu sekali lagi memberi kejutan apabila mereka memecahkan lose streak pasukan Orange Esports.

Seperti yang kita tahu, Orange Esports kini berada dalam keadaan yang bahaya dengan mereka menduduki tempat kelima dalam Kumpulan A. Saingan yang diberikan dalam Kumpulan A tidak terlalu agresif, boleh dikatakan pasif. Sebab itu agak mudah nak menjangka pasukan mana bakal dominasi. 

Perlawanan antara Suhaz Esports & Orange Esports telah membawa kedua-dua pasukan ini bermain di pusingan penentuan selepas mereka menyamakan kedudukan. Suhaz Esports bermain dengan sangat baik. Cuma, di pusingan terakhir, Orange Esports berjaya lakukan comeback.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Ketika salah satu pemain pasukan Orange Esports ditemu bual, Minn menyatakan bahawa mereka sepatutnya menang 2-0 menentang Suhaz Esports.

“Sebenarnya, kami rasa kami patut menang 2-0 kerana kamu sudah kaji gameplay mereka (Suhaz Esports) sebelum ini.”

Minggu Kelima Regular Season adalah minggu yang penting untuk semua pasukan dalam Kumpulan A & Kumpulan B mengumpul mata mereka. Selepas ini, pasukan dalam Kumpulan A akan berjumpa dengan pasukan dalam Kumpulan B. 

Semua pasukan dalam kumpulan yang berlainan tidak ada banyak informasi tentang gameplay yang dibawakan oleh mereka. Jadi, Minggu Keenam sehingga Minggu Kelapan adalah minggu yang penting untuk mereka kaji & peka dengan gameplay yang dibawa. 

Hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi sebelum peringkat playoffs mengambil alih arena. Pasukan manakah yang akan terus mendominasi MPL Malaysia S9? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *