MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: “Red Esports boleh jadi juara” — Laphel

atq_hyprgame
Kongsi

Red Esports berjaya mengekalkan konsistensi mereka dari Minggu Pertama sehingga Minggu Kelima. Mereka adalah pencabar terkuat di dalam Kumpulan B selepas pasukan Todak. Untuk mereka berada di upper bracket playoffs, mungkin tiada masalah. 

Sebelum ini, pemain Red Esports ada menyatakan bahawa mereka sudah pun memiliki pemain yang berpengalaman. Hanya mendapatkan jurulatih yang tepat, mereka mampu untuk bawa kemenangan. Dan, Sora adalah jawapan untuk Red Esports.

Sumber: Red Esports
Sumber: Red Esports

Red Esports tidak berjaya mendapatkan kedudukan yang baik di MPL Malaysia S8 di mana mereka tidak lepas untuk berada di peringkat playoffs. Kini, mereka kembali dengan momentum yang baru. Dengan adanya pemain Jungler mereka, Zaed, Red Esports lebih kuat dengan komposisi yang baru. 

Bukan sahaja Zaed, Mal & Mom juga tunjukkan peningkatan yang sangat baik. Cara draft yang mereka sediakan boleh dikatakan sama sahaja dengan pasukan-pasukan lain. Tetapi apa yang istimewa adalah mereka ada follow up yang sangat baik di dalam team fight. 

Red Esports ada harapan besar untuk juara

Selepas Red Esports memenangi perlawanan dengan Team Caracal, Laphel ada menyatakan bahawa Red Esports boleh jadi juara dengan konsistensi yang ada pada pasukan itu. Tidak mustahil. 

Memang tak mustahil untuk Red Esports dapatkan kejuaraan. Masih berbaki lagi 3 minggu sebelum playoffs bermula. Dan, peratus untuk Red Esports dapatkan tempat di upper bracket, sangat tidak mustahil. 

Red Esports akan berjumpa dengan pasukan HomeBois di Minggu Keenam (25 Mac). Dapatkah Red Esports kekalkan momentum mereka ketika berjumpa dengan pasukan di dalam Kumpulan A?

Sumber: Red Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya