MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Minggu Kedua Regular Season menampilkan lebih banyak pasukan yang sudah mula mengeluarkan strategi mereka walaupun tidak banyak lagi yang ditunjukkan. Untuk kali ini, 3 Permainan Terbaik di Minggu Kedua Regular Season adalah versi Hyprgame!

Masuk sahaja di Minggu Kedua, semua pasukan tidak lagi mahu berada di tempat yang sama kerana misi setiap pasukan adalah untuk kekal berada di kedudukan terbaik sebelum Minggu Keenam Regular Season mengambil alih. Selepas Minggu Kelima, pasukan dari Kumpulan A & Kumpulan B akan berjumpa sesama mereka.

Kalau di Minggu Pertama, Zaed dari Red Esports berjaya dapatkan MVP keseluruhan, kini, Irfan daripada pasukan HomeBois membuktikan kemampuan beliau dengan mendapatkan MVP di Minggu Kedua. HomeBois juga antara pasukan yang konsisten dari Minggu Pertama Regular Season.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

5 Permainan Terbaik di Minggu Kedua Regular Season 

1. Team Caracal vs Geek Fam

Team Caracal antara pasukan yang paling konsisten setakat ini. Mereka bukan sahaja memiliki pemain dengan skill mekanik yang tinggi tetapi menunjukkan gameplay yang sangat baik dari hari ke hari. Perlawanan antara Caracal & Geek Fam melihatkan pasukan Caracal memenangi perlawanan 2-1 ke atas Geek Fam.

Di perlawanan pertama, Lolealz banyak membantu pasukan beliau dengan penggunaan Beatrix yang sangat baik. Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik tetapi masuk di fasa early game, draft Caracal lebih sakit dengan adanya Beatrix. 

Seorang Beatrix sahaja boleh keluarkan damage yang besar. Jadi, tiada masalah untuk Caracal mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama. Boleh dikatakan perlawanan tidaklah begitu mudah kerana Geek Fam juga ada memberikan pertahanan yang baik. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Di perlawanan kedua, Geek Fam menunjukkan tanda positif untuk comeback di dalam permainan selepas mereka memenangi perlawanan kedua ini. Draft yang disediakan oleh Geek Fam lebih baik pada kali ini dengan adanya hero damage besar seperti Karina & Beatrix

Draft dari Caracal pula tidak begitu kuat untuk melawan draft Geek Fam yang akan lebih berkuasa di fasa mid sehingga late game. Geek Fam banyak memberi fokus terhadap objektif menyebabkan permainan Geek Fam lebih kemas pada kali ini. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Kemenangan Geek Fam di perlawanan kedua membawa kedua-dua pasukan ini menarik perlawanan sehingga ke pusingan ketiga. Perlawanan Ketiga berpihak kepada Caracal dengan pembawakan hero Khaleed yang menjadi!

Caracal berjaya dapatkan semua objektif yang mereka mahukan di fasa early sehingga mid. Lord yang diambil oleh mereka berjaya menamatkan perlawanan di minit ke 11. Lolealz & Kaizer merupakan salah satu sebab kemenangan berpihak kepada Caracal! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

2. MAB Esports vs Suhaz Esports

Walaupun pendatang baru, MAB Esports telah pun memberikan performa terbaik mereka di Minggu Kedua Hari Pertama Regular Season. Berlawan dengan Suhaz Esports selaku pasukan berpengalaman dalam MPL bukanlah perkara yang mudah. Tetapi, MAB Esports membuktikan perkara tersebut!

Di perlawanan pertama, Suhaz Esports berjaya dapatkan kemenangan dengan adanya hero yang boleh bantu dari segi pengeluaran damage: Lancelot & Beatrix dalam draft mereka. Sesiapa sahaja yang pakai Beatrix memang mampu hasilkan damage yang besar dari mid ke late game. Dan, itu yang ada pada Beatrix Hyhy. Lancelot Box juga sangat menakutkan! 

Draft pasukan MAB Esports di perlawanan pertama ini memang sukar nak pertahankan dari damage yang dikeluarkan. Keberadaan Aulus dalam draft MAB Esports juga sukar memberikan damage yang diperlukan bagi membantu pasukan mereka memenangi perlawanan pertama.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Di perlawanan kedua, Suhaz Esports harus akur dengan kekuatan MAB Esports dari segi drafting terutamanya. Mereka juga kali ini lebih fokus & peka dari segi map awareness, penyediaan draft & perlawanan dalam kumpulan. 

Suhaz Esports memulakan fasa early game dengan sangat baik. Mereka cuba dapatkan permainan di fasa early game dengan cepat kerana adanya Lylia & Jawhead yang mampu keluarkan damage yang agak besar di awal permainan. Kali ini, Lancelot akan diberikan kepada MAB Alifff untuk dibawa di perlawanan kedua. 

Masuk di fasa late game, kedua-dua pasukan ada power spike yang diperlukan. Tetapi, MAB Esports lebih mendahului dari segi pengeluaran damage. Dengan adanya Popol & Kupa, Lancelot & Rafaela, MAB Esports berjaya menguasai permainan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Di perlawanan ketiga, MAB Esports berjaya tamatkan permainan dengan skor akhir, 2-1. MAB Esports menguasai early game dengan sangat baik. Merek terus memilih untuk mendapatkan ahli pasukan Suhaz Esports. Dengan adanya kelebihan sebegini, ia dapat membantu MAB Esports dapatkan lebih banyak objektif.

Pertahanan yang diberikan oleh Suhaz Esports juga baik. Tetapi, masuk di fasa late game, Suhaz Esports tidak lagi mampu berikan pertahanan & harus berikan kemenangan 12 mata singkir berbalas 0 kepada MAB Esports. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3. Team Caracal vs Red Esports

Perlawanan di antara Team Caracal & Red Esports adalah salah satu perlawanan terbaik di Minggu Kedua Regular Season. Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik. Caracal berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

Alucard yang dibawa oleh Linkezaa di perlawanan pertama memang tidak boleh dinafikan lagi kekuasaannya. Rookie bagi Caracal itu berjaya carry pasukan beliau mengunci mata di perlawanan pertama.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Di perlawanan kedua, Red Esports berjaya menyamakan mata kedudukan dengan Caracal. Kadita yang dimainkan oleh Ash memang OP. Kita sering melihat pasukan MPL Malaysia membawa masuk Kadita untuk musim kali ini. Dan, Kadita Ash berjaya keluarkan damage yang diperlukan oleh Red Esports. 

Dengan Kadita Ash & Paquito dari Zaed, Red Esports berjaya membuat Caracal berundur dari memasuki base mereka. Memang kena berhati-hati dengan Kadita Ash. Akhirnya Red Esports berjaya tamatkan perlawanan di minit ke 24. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Di perlawanan ketiga, Caracal akhirnya berjaya tewaskan Red Esports dengan 2-1. Walaupun damage Red Esports boleh dikatakan besar tetapi Caracal lebih memiliki damage yang diperlukan. Dengan adanya Yve, Valentina & Aulus memang beri kelebihan kepada Caracal. Walaupun tiada Marksman di perlawanan ketiga, Caracal masih lagi boleh menguasai perlawanan.

Caracal memang menunjukkan dominasi mereka dalam MPL Malaysia S9. Savage yang didapatkan oleh LinkEzaa dengan menggunakan Aulus, menunjukkan bahawa pemain rookie ini memiliki hero pool yang sangat luas. Kekuatan yang ada pada LinkEzaa sebagai Jungler pasukan Caracal memang nyata!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Itulah 3 Permainan Terbaik di Minggu Kedua Regular Season yang disenaraikan oleh Hyprgame! Ada banyak lagi sebenarnya gameplay yang menarik untuk dilihatkan seperti kemenangan Red Esports terhadap RSG MY & comeback yang dinanti-nantikan oleh pasukan Todak. Tetapi, kami hanya menyenaraikan 3 Permainan Terbaik versi Hyprgame. Minggu Kedua Regular Season sudah pun menyaksikan banyak pasukan memberikan kejutan.

Red Esports masih lagi menjadi pasukan yang mengejutkan di dalam regular season. Permainan mereka memang lain daripada yang lain; lebih yakin & selalu comeback dalam perlawanan. Dengan adanya bakat baru seperti Zaed, tidak mustahil Red Esports boleh jadi pencabar terkuat di regular season. Caracal juga tidak kurang hebatnya! Mereka memang ada potensi besar untuk menduduki Power Ranking MPL Malaysia S9.

Ada 6 minggu lagi regular season sebelum masuk ke peringkat playoffs. Masih ada banyak lagi pasukan yang belum lagi menunjukkan strategi mereka yang sepenuhnya. Fokus akan diberikan kepada Orange Esports & Geek Fam kerana mereka masih lagi merekodkan 0% win rate sepanjang 2 minggu regular season berlangsung.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *