MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi
  • Kumpulan A: Team SMG, Suhaz Esports, MAB Esports, HomeBois, Orange Esports
  • Kumpulan B: Red Esports, Todak, RSG MY, Caracal, Geek Fam

Minggu Kedua Regular Season telah pun berakhir pada 27 Februari yang lalu. Selama 2 minggu berlangsungnya regular season, kedudukan pertama bagi Kumpulan A & Kumpulan B masih dipegang oleh Team SMG & Red Esports.

Seperti yang kita tahu, Team SMG memiliki komposisi pemain yang berbakat seperti Leixia, Zaimsempoi, Stormie, Sasa & Smooth, Panda & Subway. Kalau dilihatkan mata yang diperolehi oleh Team SMG di dalam Kumpulan A, memang pasukan itu ada meletakkan jurang mata yang besar dengan pasukan yang berada di bawah mereka.

Bagi Red Esports, sisi lain yang ditunjukkan oleh mereka di MPL Malaysia S9 ini semestinya membanggakan. Mereka dapat buktikan penguasaan Land of Dawn. Selain itu, gameplay Red Esports juga bertambah baik dengan adanya Sora yang memperkuatkan pasukan itu sebagai jurulatih.

Sumber: MPL Malaysia

Red Esports, Team SMG, Caracal & HomeBois pencabar terkuat!

Kumpulan A boleh dikatakan didominasi sepenuhnya oleh Team SMG dari segi mata. Tetapi, untuk pasukan HomeBois yang bermula dari -8, mereka kekalkan konsistensi untuk dapatkan kemenangan dalam semua perlawanan. 

Kini, HomeBois berjaya mendapatkan semula digit positif selepas memenangi perlawanan dengan Orange Esports. Pasukan itu juga merupakan satu-satunya pasukan yang merekodkan 100% win rate buat masa sekarang. Dapatkah HomeBois akan kekalkan 100% win rate sehingga habis musim regular season?

Berikut merupakan ranking terkini di Minggu Kedua Regular Season:

Sumber: MPL Malaysia

Beralih kepada Kumpulan B, kita boleh lihat kumpulan ini memiliki pasukan yang agak keras berbanding dengan pasukan di dalam Kumpulan A. Dari segi pengumpulan mata, hanya perbezaan 1 mata sahaja yang dibina oleh Red Esports selaku pemegang tempat teratas di dalam Kumpulan B. 

Tidak dapat dinafikan, Red Esports memiliki aura yang berbeza untuk MPL Malaysia S9. Mereka juga menyasarkan untuk berada di peringkat upper bracket playoffs. Kemenangan yang mereka miliki ketika berhadapan dengan RSG MY merupakan rezeki buat Red Esports melonjakkan lagi pengumpulan mata mereka di dalam Kumpulan B. 

Untuk Caracal, sebagai pasukan baru dalam MPL Malaysia S9 yang bermain semula dari pusingan kelayakan, mereka memang antara pencabar terkuat. Tidak merekodkan sebarang kekalahan sepanjang 2 minggu regular season berlangsung, pasukan ini tidak mustahil mampu menggantikan tempat Red Esports.

Berikut merupakan ranking terkini di Minggu Kedua Regular Season:

Sumber: MPL Malaysia

Geek Fam & Orange Esports harus comeback di Minggu Ketiga

Bagi Kumpulan A, kerja keras yang lebih harus dibuat oleh pasukan Suhaz Esports, HomeBois & Orange Esports untuk pastikan mereka dapat tempat di peringkat playoffs. Fokus diberikan kepada Orange Esports kerana mereka masih mencatatkan 0% win rate.

Pasukan di dalam Kumpulan B juga memiliki situasi yang sama seperti Kumpulan A. Untuk pasukan Todak, mungkin tiada masalah besar untuk mereka comeback kerana itu kemampuan Todak dari dulu lagi. Tapi, untuk Geek Fam sedikit bahaya kerana mereka merekodkan 0% win rate.

Untuk terus kekalkan kedudukan di MPL, Geek Fam harus menyusun strategi untuk mengubah & memperkemaskan gameplay mereka. Begitu juga dari segi penyusunan draft. Adakah Geek Fam & Orange Esports masih menyimpan strategi mereka?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *