MEMUAT

Taip untuk mencari

Gabbi ke T1 dan 23Savage ke MG.Trust

Kongsi
Gabbi ke T1 dan 23Savage ke MG.Trust

Hari ini, T1 Esport telah mengumumkan perubahan roster Dota 2 mereka. T1 telah mengambil Kim Santos “Gabbi” sebagai pemain gantian untuk pusingan akhir serantau yang akan datang, manakala pemain mereka Nuengnara Teeramahanon “23Savage” akan dipinjamkan ke pasukan Motivate.Trust Gaming untuk sementara waktu.

Pasukan T1 kini diwakili oleh 

  • KARL 
  • KUKU
  • XEPHER
  • WHITEMON
  • GABBI – STAND IN

Gabbi merupakan bekas pemain pasukan Talon Esports dan juga pernah bermain untuk pasukan TNC Predator. Beliau telah memperolehi banyak pencapaian yang baik sepanjang bermain di pasukan TNC Predator. Pemain Vateran ini juga telah memulakan karrier profesionalnya semenjak tahun 2016.

Gabbi juga merupakan pemain yang pernah mencecah 10,000 MMR pada bulan August 2020 dan kemudian mencapai 11,000 MMR pada bulan Oktober 2020. Bukan itu sahaja, Gabbi telah membuat rekod baharu untuk dirinya dengan mencapai avg kills tertinggi (11.06) semasa kejohanan MDL Chengdu Major pada tahun 2021.

Nuengnara “23savage” Teeramahanon stands in his T1 jersey with fists raised toward the camera. His player tag "23savage" appears in bold white letters, the T1 team logo appears behind him

23Savage juga merupakan pemain yang berpengalaman dan juga mempunyai pencapaian yang sangat bagus semasa beliau bersama pasukan Fnatic pada tahun 2020. 23Savage juga pernah mencapai 11,000 MMR pada tahun 2020 dan telah menjadi pemain yang pertama yang mencapai 12,000 MMR pada tahun 2021. 

Pemain daripada Thailand ini juga telah mencipta rekod dalam mata pembunuhan yang tinggi (25Kills) semasa beliau bersama pasukan BOOM Esports di kejohanan DPC SEA Upper Division 2021.

Kemasukkan Gabbi mungkin untuk mengubah rentak pasukan T1 untuk mengharungi Lower Division nanti. Meskipun 23Savage tidak bersama mereka, namun ini akan memberi sesuatu yang baharu dalam corak permainan mereka nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *