MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Pemain ke-5 & jurulatih, Boyka sertai Team Haq

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas pengumuman 4 barisan pemain Team Haq di PMPL MYSGPH S5, organisasi e-sukan itu kemudian mengumumkan pemain ke-5 mereka yang juga akan bertindak sebagai jurulatih pasukan tersebut iaitu Boyka. 

Seperti yang kita tahu, Khairunnazri “Boyka” Masli telah pun melepaskan slot Wulf Arov kepada Team Haq atas sebab tertentu. Kini, beliau akan sertai pasukan itu bersama dengan salah seorang bekas pemain Wulf Arov, Zully. 

Sumber: Team Haq Esports Club

Kini, roster Team Haq telah lengkap dengan barisan pemain & jurulatih bagi mempersiapkan pasukan itu menghadapi PMPL MYSGPH S5. Kalau nak diikutkan dari barisan pemain Team Haq, 2 daripada mereka adalah pemain baru yang mungkin dikenali dalam kalangan komuniti PUBG Mobile Malaysia. 

Kemasukan 2 pemain baru ini akan berikan nafas baru buat pasukan yang pertama kali akan melakukan debut mereka di arena PMPL. Dengan adanya Zully & Hyqul serta diperkuatkan oleh veteran PUBG Mobile, Boyka, adakah mereka akan mengejutkan PMPL MYSGPH S5? 

Sumber: Team Haq Esports Club

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *