MEMUAT

Taip untuk mencari

JessNoLimit ingin membina pasukan sendiri ?

Kongsi
JessNoLimit ingin membina pasukan sendiri ?

Bekas pemain profesional Mobile Legends Indonesia, JessNoLimit sekali lagi telah diperkatakan bahawa beliau akan membina pasukan esportnya tersendiri. Bekas pemain pasukan EVOS itu, merupakan seorang Youtuber terkenal dan mempunyai sebanyak 24 Juta pengikut di channel Youtubenya sendiri.

Beliau sebelum ini pernah bercadang untuk membina pasukannya tersendiri dan bertanding dalam arena kompetitif Mobile Legends Bang Bang, tetapi perkara itu tidak pernah direalisasikan sehingga sekarang. 

Terdahulu, JessNoLimit juga mencari beberapa orang bagi menguruskan pasukan baharunya nanti, dan beliau telah mempunyai beberapa orang pemain yang bersiap sedia untuk maju bersamanya ketika itu. Akan tetapi, perkara itu terus senyap tanpa sebarang khabar baharu daripada Jess dan telah membuat peminat tertanya-tanya sehingga sekarang.

Credit : Spin Esports
Credit : Spin Esports

Menurut Oura melalui siaran langsung di Nimo TV, dia berkata bahawa JessNoLimit inginkan pasukan esportnya tersendiri. Terdapat juga khabar angin mengatakan bahawa pasukan yang akan dibina dinamakan sebagai “Leopard Esport” atau “NoLimit” memandangkan perkataan itu telah menjadi trademark buat Tobias Justin atau lebih dikenali sebagai JessNoLimit.

Sehingga kini, JessNoLimit hanya memfokuskan membuat konten dan juga streaming di platform Youtube. Meskipun tiada sebarang berita yang baharu berkenaan pasukan Esports yang di idamkannya, tetapi peminat berharap bahawa Jess akan kembali ke arena profesional bersama rakan-rakan lamanya.

Apakah kita akan melihat kelibat JessNoLimit bersama pasukannya di masa akan datang?. Atau akan kekal sebagai seorang konten kreator dan tidak akan kembali ke arena profesional?, sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya