MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: 3 hero yang boleh counter Gloo dengan baik

atq_hyprgame
Kongsi

Gloo, The Swamp Spirit yang misteri telah pun membuat debutnya dalam Mobile Legends: Bang Bang sebagai hero Tank dengan keunikan yang tersendiri. Gloo boleh dikatakan menyerlah daripada hero Tank yang lain.

Walaupun pada permulaannya, Gloo agak sukar untuk dimainkan tetapi selepas mengetahui kelebihan yang Gloo ada, mungkin hero ini lebih mudah untuk dikuasai. Dengan ultimate Grab yang Gloo ada, ia akan meningkatkan lagi kekuatan seorang Gloo.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3 Hero untuk counter Gloo, The Swamp Spirits

Menurut ONE Esports, 3 hero ini adalah hero yang mampu untuk jadi counter terbaik Gloo. Walaupun ada lagi hero yang boleh counter Gloo, tetapi Faramis, Barats & Hylos adalah yang terbaik setakat ini. 

Faramis

Faramis adalah counter terbaik Gloo pada saat ini. Hero Support/Mage ini memiliki kelebihan iaitu Skill 2 dia yang boleh beri damage yang sangat besar terhadap Gloo dalam keadaan split.

Setelah Moonton akhirnya memberitahu bahawa Faramis telah pun mendapatkan revamp yang memang penting untuk hero Support/Mage, ramai pemain yang menggunakan hero ini di rank tinggi. Hero ini juga kerap kali di ban. 

Tetapi, tidak semua pemain mampu untuk memainkan Faramis EXP Lane dengan baik kerana untuk counter Gloo, mungkin boleh. Namun, dalam MLBB, counter hero pihak lawan bukan satu-satunya punca kemenangan. Berjaya untuk memanfaatkan kemenangan laning & ultimate untuk war dengan baik juga sangat penting. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Luo Yi

Luo Yi adalah hero yang boleh teleport dengan sangat baik & ia akan memudahkan hero ini untuk counter Gloo. Kelebihan teleport & damage yang besar dikeluarkan oleh Luo Yi boleh dapatkan Gloo dengan mudah. 

Apabila Gloo menyerang, pemain boleh menggunakan ultimate & menanda kawasan di dalam turret untuk tingkatkan lagi serangan — bila Luo Yi bergerak, Gloo juga akan bergerak. Tetapi Luo Yi masih ada turret di mana ia boleh membantu Luo Yi melakukan serangan terhadap Gloo.

Walaupun kelebihan ultimate Gloo dikira “menipu” kerana ia boleh melekat & serang dengan mudah, tetapi Luo Yi masih jadi hero counter yang baik untuk Gloo.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Claude

Hero Marksman ini adalah hero yang paling kuat kerana Claude memiliki mobiliti yang sangat tinggi. Dengan mobiliti yang Claude ada, dia boleh counter Gloo dengan baik. Gloo yang memiliki skil untuk melekat kepada Claude akan beri kelebihan kepada Claude kerana mobiliti yang dia ada.

Serangan “perlahan” yang ada pada Gloo boleh jadi kelemahan hero Tank tersebut. Jadi, bila Gloo menyerang Claude, Claude boleh beri counter serangan denga cepat. Gunakan Skill 2 untuk teleport ke turret atau pasukan. Seterusnya, gunakan ultimate untuk serang Gloo. 

Pemain juga boleh ambil kelebihan dari damage yang dikeluarkan oleh turret untuk serang Gloo dengan pantas. Claude adalah hero yang paling sesuai untuk counter Gloo! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Itu adalah 3 hero yang boleh counter Gloo. Banyak lagi sebenarnya hero yang boleh counter Gloo, cuma 3 hero ini dikatakan memiliki kuasa tambahan yang boleh beri damage yang besar & kelebihan teleport untuk berhadapan dengan Gloo yang boleh melekat. 

Kalau jumpa Gloo, jangan takut walaupun dia melekat! Boleh lawan kerana pemain yang menggunakan hero ini memang kena mahir dalam memakainya. Persiapan item yang baik juga antara faktor utama Gloo boleh jadi hero Tank yang baik.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *