MEMUAT

Taip untuk mencari

Mata keseluruhan pusingan Qualifier Final PMPL ID S5

Kongsi
Mata keseluruhan pusingan Qualifier Final PMPL ID S5

Final Qualifier PMPL Indonesia musim ke 5, baru sahaja berakhir dan tahniah buat 4 pasukan yang berjaya mara untuk ke pusingan liga PMPL ID musim 5 dan bertanding bersama 16 pasukan PMPL ID musim ke 4.

Pasukan Evos berjaya mendapatkan tempat pertama dengan pungutan mata sebanyak 192 dengan 85 mata singkir. Pasukan yang pernah menjadi perhatian ramai suatu ketika dahulu semasa kemasukkan bekas pemain utama BTR iaitu Microboy, akhirnya membuahkan hasil dan berjaya mendapatkan tempat di kejohanan PMPL musim ke 5 kali ini.

Tempat kedua diambil oleh pasukan BMW Esports dengan pungutan mata sebanyak 170 dan merupakan pasukan yang mempunyai chicken dinner yang tertinggi sepanjang pusingan final qualifier ini. Meskipun, merupakan pasukan yang baharu di dalam arena kompetitif professional PUBG Mobile, tetapi mereka berjaya untuk melanjutkan langkah untuk menjadi pasukan profesional dan berkualiti.

Pasukan Onic Esports berada di tempat ketiga dengan 152 mata dan 65 mata singkir. Pasukan yang gagal untuk menjejakkan kaki di pusingan final liga PMPL musim ke 4, telah pun melakukan suatu perubahan yang baik dan terus berusaha untuk menebus kesilapan lama.

Slot terakhir untuk ke PMPL ID telah di ambil oleh pasukan SUBG dengan 136 mata dan hampir dikejar oleh pasukan ZEUS yang berada di tangga ke 5. Pasukan SUBG juga merupakan pasukan yang pernah memasuki PMPL ID musim ke 4 dan gagal untuk melayakkan diri ke pusingan Final liga ketika itu.

Keempat-empat pasukan ini akan berentap bersama bekas-bekas pasukan Final PMPL ID musim ke 4. Tidak dinafikan lagi, scene PUBG Mobile Indonesia saban hari mempunyai peningkatan yang drastik dengan pemain-pemain luar biasa yang mampu untuk memberikan kejutan kepada orang ramai.

Indonesia juga merupakan negara yang mempunyai pemain dan peminat PUBG Mobile yang tinggi di Asia Tenggara, bahkan liga mereka sendiri mempunyai banyak saingan yang hebat. Pasukan manakah yang akan menunjukkan taring di pusingan Liga PMPL ID musim ke 5 kali ini ?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya