MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Terlalu OP? Ini ‘Tips & Trick’ untuk counter Fanny, Blade Dancer!

atq_hyprgame
Kongsi

Sejak kebelakangan ini, ramai sangat pemain MLBB menggunakan Fanny lebih-lebih lagi apabila ada beberapa pemain profesional MLBB Indonesia yang memperlihatkan cara bermain Fanny dengan baik. 

Fanny adalah hero Assassin yang memiliki mobiliti & burst damage yang agak besar. Tidak dapat dinafikan, Fanny merupakan hero jungle yang sangat baik. Kelebihan dia yang boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain + mobiliti yang tinggi memang memberi kesukaran untuk pihak lawan tumbangkan seorang Fanny. 

Macam mana nak counter Fanny? Hero apa yang sesuai? Ada tak ‘Tips & Trick’ untuk counter Fanny? — Ada! Tapi, Tips & Trick ini adalah secara umum. Mungkin ada banyak lagi tips dari pemain profesional MLBB yang lain. Kami hanya berikan sedikit sebanyak informasi untuk memudahkan pemain yang berhadapan dengan Fanny.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Pilih hero yang mampu untuk counter Fanny 

Cara paling mudah untuk menentang Fanny ialah memilih hero yang secara boleh counter Fanny secara semula jadi. Atau mempunyai kelebihan yang Fanny tiada. Ini adalah 3 hero yang boleh counter Fanny dengan baik; Helcurt, Ruby & Alucard:

Helcurt

Helcurt adalah pilihan yang baik kerana hero Assassin ini bukan sahaja boleh tangani burst damage dengan pantas tetapi dia juga boleh melumpuhkan skill Fanny yang sangat penting untuk Fanny tangani damage. Tanpa skill yang Fanny ada, dia adalah sasaran yang mudah untuk dibunuh.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Ruby

Hero Fighter ini juga sesuai untuk jadi counter Fanny. Dengan adanya kekerapan dalam stun & slow effect, Ruby boleh ganggu damage & serangan Fanny melalui Skill 2. Seperti yang kita tahu, Ruby memiliki CC yang tinggi yang boleh ganggu pihak lawan dengan baik. Pasif yang dimiliki oleh Ruby juga boleh membiarkan dia mengelak serangan Fanny dengan melompat menjauhi laluan Fanny. Itu adalah kelebihan Ruby — boleh rosakkan pihak lawan dalam teamfight & Skill 2! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Alucard

Alucard juga merupakan hero yang sangat baik untuk counter Fanny kalau pemain tahu cara untuk atur masa kombo Alucard dengan betul. Dengan pasif yang dimiliki oleh Alucard, tidak kira sejauh mana Fanny pergi, Alucard masih boleh kejar. Cuma, kesukaran untuk bermain Alucard bergantung kepada pemain itu sendiri sebab Alucard memang sukar untuk dimainkan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Guna taktik pertempuran yang betul

Disebabkan Fanny memiliki keistimewaan untuk terbang dari satu turret ke turret yang lain, ia akan membuatkan pemain berasa putus asa untuk lawan Fanny. Boleh terbang, mobiliti juga tinggi — memang susah nak lawan! Tapi ‘Tips & Trick’ yang kami boleh bagi adalah jangan serbu masuk untuk terus dapatkan Fanny atau larikan diri ke dalam jungle selepas gagal dapatkan Fanny. 

Ada pemain yang tidak tahu cara nak counter Fanny & kebanyakkannya terus serbu untuk dapatkan Fanny. Atau larikan diri ke dalam jungle selepas gagal dapatkan Fanny. Mungkin pemain lupa Fanny sangat pantas, boleh terbang & ada burst damage yang besar. Fanny tidak seperti hero lain. 

Berikut ialah beberapa Tips & Trick yang agak umum tentang cara counter Fanny menggunakan mana-mana jenis hero: 

Tips & Trick
Elakkan dinding dan sudut!Pernah serang Fanny ketika HP dia lebih rendah daripada anda & tiba-tiba anda mati? Itu kerana dia menghantar spam Skill 2 secara berterusan untuk bunuh pihak lawan sebelum pihak lawan boleh melakukan serangan asas terhadap Fanny.

Skill 2 Fanny memerlukan dinding untuk ia berfungsi, jadi cuba elakkan bermain terlalu dekat dengan dinding atau dalam jungle di mana dinding lebih rapat. Ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk Fanny gunakan semula Skill 2.
Bergerak dalam keadaan rawak 
Skill 2 Fanny menggerakkannya dalam garis lurus mengikut kedudukan kabel. Oleh itu, perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh pemain Fanny ialah menyasarkan sasaran dia.

Dengan bergerak keadaan yang rawak, pemain boleh mengelak semua serangan Fanny dengan berkesan.
Pilih masa yang tepat untuk serang
Jangan sekali-kali serang Fanny ketika energy bar dia masih penuh. Pemain harus sentiasa menunggu sehingga energy bar Fanny rendah & kemudian serang. Itu akan membuatkan Fanny tidak dapat gunakan skill dia tanpa energy bar yang mencukupi.

Ketidakupayaan untuk menggunakan skill-nya akan datangkan bencana buat Fanny. Tetapi untuk pemain profesional, mereka lebih teliti. Jadi, tips ini lebih sesuai untuk pemain amatur. 
Gunakan stun dengan sebaik mungkin 
Sama seperti mana-mana Assassin, Fanny terdedah kepada stun. Oleh itu, cuba gunakan seberapa banyak skill & rosakkan Fanny apabila terkena stun. Contohnya, jika anda memainkan  Eudora: stun Fanny, guna Skill 1 & kemudian ult serta-merta. Dijamin Fanny dapat ditumpaskan.
Gunakan turret sebagai suatu kelebihan
Fanny juga sangat terdedah kepada serangan jarak jauh, terutamanya Marksman & turret. Selagi Attack Damage Carry (ADC) dilindungi, Fanny tidak akan mempunyai banyak peluang dalam teamfight kerana kerosakan yang tinggi yang akan dialaminya.

Selain itu, turret melancarkan kunci pada serangan yang akan mengikuti Fanny & meningkatkan kerosakan secara beransur-ansur. Pastikan pemain menggunakan kelebihan turret!

Disebabkan Fanny telah mendapatkan buff yang besar di patch terbaru MLBB, hero ini kembali popular dalam kalangan pemain. Dari rank Grand Master sehingga Legend, banyak pemain yang menggunakan Fanny dalam permainan. Dan, tidak terkejut kalau Fanny salah satu hero yang paling banyak di ban di ranked Epic ke atas.

Fanny akan lebih gembira jika hero pihak lawan tidak memiliki banyak CC. Sebenarnya, Fanny bukan hanya sekadar ‘fast hand’ tetapi cara penggunaan & sasaran itu paling penting. Pemain profesional MLBB, Xorn pernah bawa masuk Fanny ke dalam MPL Malaysia S8 & mendapat perhatian banyak media.

Tidak mustahil di MPL Malaysia S9, ada pemain yang akan tunjukkan skill Fanny mereka ketika di regular season lebih-lebih lagi buat pemain Jungler kerana Fanny seorang hero jungle yang sangat baik!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya