MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Hero Mage ini semakin popular? Inilah 3 hero counter Cecilion

atq_hyprgame
Kongsi

Kalau bermain di ranked, memang rata-rata dari pemain MLBB sekarang banyak membawa masuk Cecilion yang memiliki kombinasi Sanguine Claw & Bat yang boleh membuatkan Cecilion semakin kuat di fasa mid & late game. Lebih-lebih lagi apabila hero ini telah mendapatkan buff ketika kemaskini terakhir 2021.

Cecilion adalah hero high ground yang sangat baik. Di fasa mid & late game, hero Mage ini boleh berikan performa yang maksimum. Tapi, hero apa yang sesuai untuk counter Cecilion? Memiliki pertahanan high ground yang baik, sukar untuk jatuhkan Cecilion di fasa late game

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3 Hero untuk counter Cecilion, Embrace of Night

Ada 3 hero yang mampu untuk jadi counter Cecilion dengan baik. Sebenarnya ada banyak hero yang boleh counter Cecilion. Tetapi, Helcurt, Aldous & Chou adalah antara hero yang terbaik untuk counter Cecilion.

Helcurt

Helcurt adalah salah satu hero Assassin yang terbaik dalam Mobile Legends: Bang Bang. Hero ini mempunyai keupayaan untuk menamatkan musuh & hilang dari peta dengan cepat. Selain itu, Helcurt juga mempunyai kadar Burst Damage yang tinggi untuk menghabiskan pihak lawan. 

Sebagai damage dealer, Helcurt sangat berkesan terhadap Cecilion. Hero Assassin ini mempunyai kebolehan yang dapat senyapkan & menyahaktifkan skill yang ada pada musuh selama beberapa saat. Jadi, Helcurt antara hero yang tepat untuk counter Cecilion.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Aldous

Aldous dianggap sebagai lawan yang menjengkelkan bagi Cecilion. Aldous mempunyai kerosakan fizikal yang sangat tinggi pada permainan lewat kerana Skill 1. Sesiapa yang jumpa dengan Aldous pasti akan berdepan dengan bencana! 

Setiap stack akan tingkatkan kerosakan sebanyak 8 mata secara kekal. Cecilion memang akan menghadapi masa yang sangat sukar untuk melawan Aldous pada fasa late game. Aldous juga mempunyai skill yang membolehkannya mengunci musuh & terbang terus ke sasaran. Cecilion dijamin akan mati dalam satu pukulan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Chou 

Sebagai hero mage yang pandai mencucuk, Cecilion akan menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan Chou. Ini kerana Chou dapat mencari celah untuk mendekati kedudukan Cecilion & memerangkap dia tanpa sedar dengan kemahiran utamanya — The Way of Dragon

Selain itu, Cecilion juga akan sukar untuk mengarahkan serangannya ke arah Chou kerana kemahiran Skill 2: Shunpo yang membolehkannya menjadi kebal terhadap kesan kawalan semasa dash. Chou juga akan meningkatkan penembusan fizikalnya & seterusnya dapatkan pelindungan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Itu adalah 3 hero yang boleh counter Cecilion dengan baik. Banyak lagi sebenarnya hero yang boleh counter Cecilion, cuma 3 hero boleh beri kesusahan untuk Cecilion lebih-lebih lagi apabila hero Mage ini memiliki kekuatan high ground yang baik.

Kalau jumpa Cecilion, jangan pandang rendah sebab dia hero Mage! Cecilion boleh jadi semakin kuat di fasa mid & late game! Tetapi masih boleh lawan dengan adanya skil mekanik yang baik & penyusunan item yang sesuai.

Dalam MLBB, tiada hero yang tidak hebat. Semua hero memiliki kekuatan yang tersendiri. Namun, skil mekanik & kepintaran pemain dalam menyusun pemain mereka & item yang disediakan haruslah bersesuaian dengan majoriti hero yang dipilih oleh pihak lawan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya