MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: Easy! EVOS SG tewaskan pendatang baru, See You Soon & BTK

atq_hyprgame
Kongsi

EVOS SG buktikan bahawa pengalaman mematangkan mereka apabila pasukan itu berjaya tewaskan 2 pendatang baru iaitu See You Soon & BTK

Tidak dapat dinafikan, permainan di dalam Kumpulan C agak sedikit perlahan. Tak banyak team fight yang agresif boleh dilihatkan. Semua pasukan bermain dalam keadaan yang berhati-hati.

Perlawanan Pertama: EVOS SG menentang pasukan Kemboja, See You Soon 

Dalam perlawanan menentang See You Soon, kawalan peta yang dipegang baik oleh EVOS SG juga menjadi punca kenapa pasukan itu berjaya tewaskan See You Soon. 

See You Soon juga ada memberikan fight yang baik. Mereka cuba memberi damage yang besar buat EVOS SG kerana See You Soon sudah pun memiliki draft yang baik dengan adanya Barats, Paquito, Ruby & Floryn

Sumber: Mobile Legends Esports

Boleh dikatakan EVOS SG memberikan permainan yang baik apabila pasukan Singapura ini mengekalkan disiplin mereka seimbang dalam memberikan pertahanan & perlawanan. Sangat baik!

Pada awalnya memang boleh agak bahawa EVOS SG mampu mendominasi permainan kerana boleh nampak See You Soon cuba untuk bermain dengan berhati-hati. 

Di minit ke-17, EVOS SG berjaya mendapatkan kesemua pemain See You Soon dengan mengorbankan pengambilan Lord. Berjaya mendapatkan wipeout, mereka berjaya memasuki base dan menjatuhkan kristal See You Soon.

EVOS SG menamatkan permainan di minit ke-18 dengan mendapatkan mata singkir sebanyak 13 berbalas 3. Mudah! 

Sumber: Mobile Legends Esports
Sumber: Mobile Legends Esports

Perlawanan Kedua: EVOS SG menentang pasukan dari Amerika Utara, BTK

Perlawanan menentang BTK lebih perlahan dari See You Soon di mana kita dapat lihat bahawa BTK memang bermain dengan sangat berhati-hati. Susah untuk melihat pergerakan agresif dilakukan. 

Tidak terlalu banyak clean fight yang berlaku membuatkan EVOS SG berjaya mengambil alih Land of Dawn tersebut. 

Walaupun ada team fight yang berlaku, tetapi sangat terhad. Kedua-dua pasukan memutuskan untuk bermain dengan lebih berhati-hati dan santai.

Sumber: Mobile Legends Esports

Pengambilan hero Beatrix oleh Seilah dari EVOS SG memang bijak. Beatrix antara hero yang paling banyak dipilih sepanjang M3 berlangsung.

Hero itu mampu untuk beri damage yang besar jika item sudah disediakan dengan lengkap seperti Blade of Despair & Malefic Roar

Perbezaan yang sangat besar dari segi ekonomi, pengambilan turret & Lord oleh pasukan EVOS SG membuatkan pasukan BTK gagal mempertahankan base mereka.

Pasukan BTK terlalu fokus terhadap pertahanan berbanding mengambil team fight. Disebabkan kelemahan tersebut, EVOS SG berjaya mengambil kristal BTK di minit ke-17

Sumber: Mobile Legends Esports
Sumber: Mobile Legends Esports

GGWP! EVOS SG mendapatkan mata kedua mereka menentang See You Soon & BTK. Itu memberi peluang yang cerah untuk mereka mara ke upper bracket.

Pasukan manakah yang akan mendapatkan slot ke upper bracket untuk bersama-sama dengan Blacklist International, Bedel, Todak & ONIC PH?

M3 Championship pada kali ini akan membawa 16 pasukan di pentas dunia di mana 8 pasukan dari peringkat kumpulan akan mara ke upper bracket, manakala 8 pasukan lagi akan berentap di lower bracket playoffs.

Group stage akan dimainkan dalam format BO1 pada 6 Disember sehingga 9 Disember. Manakala playoffs akan dimainkan dalam format BO3 pada 11 Disember sehingga 18 Disember. Di grand finals pula, BO7 format akan menentukan juara M3 Championship.

Format upper bracket di playoffs bakal dimainkan dalam format BO5. Namun, di lower bracket, format akan dipecahkan kepada dua; BO3 dan BO5.

Siaran langsung M3 Championship boleh ditonton secara langsung di Youtube rasmi Mobile Legends: Bang Bang Official.

Sumber: Mobile Legends Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya