MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: Yve di Goldlane punca ONIC ID ditolak ke lower bracket

atq_hyprgame
Kongsi

Perlawanan semalam menunjukkan pemilihan draft yang memang seimbang dibuat oleh kedua-dua pasukan. Tentunya draft mereka mempunyai kelebihan yang sendiri. 

Pemilihan yang baik dibuat oleh ONIC Esports apabila mereka memilih Yve & Chou. Manakala Todak pula mengekalkan pemilihan Ruby & memberi 4Meyz untuk bermain Paquito. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Tetapi di draft Todak, sedikit mengejutkan kerana mereka memilih Wanwan untuk dimainkan oleh Cikugais. Sedikit bahaya kerana Wanwan memiliki power spike yang sangat lambat. 

Dengan adanya Wanwan di Goldlane, ONIC Esports boleh meletakkan Chou di lane yang sama. Tetapi, tidak! ONIC Esports memilih untuk meletakkan Yve di Goldlane. Tidak pasti kenapa. 

Mengikut dari temu bual ONE Esports bersama dengan pasukan Todak, pemain muda mereka iaitu Ciku & Moon mengatakan, 

“Bagi saya kunci kemenangan adalah bermain dengan adanya objektif. Jangan terlalu bernafsu dalam segala hal,” — Ciku

“Kami berjaya outplay drafting ONIC yang membuatkan mereka susah untuk bergerak,” — Moon

Selain daripada itu, Ciku juga ada mengatakan kenapa Todak boleh menang menentang pasukan ONIC Esports sedangkan ONIC memiliki Chou yang boleh dimainkan di bahagian Goldlane. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Menurut Ciku, perletakan Yve di Goldlane merupakan kesilapan atau kecuaian yang dibuat oleh pasukan ONIC Esports kerana jika Chou yang diletakkan di Goldlane, hero ity mampu memberi damage yang besar.

Dan, Wanwan yang dimainkan oleh Ciku tidak mampu membalas damage yang diberikan oleh Chou. 

Ciku mengatakan,

“Sekiranya ONIC meletakkan Chou di Goldlane, itu akan menyusahkan saya. Tetapi Disebabkan Yve yang berada di Goldlaner, itu memberi keuntungan buat saya. Ini kerana Yve tidak mampu untuk bergerak jika sudah tertangkap. Tetapi Chou boleh balas dan beri damage yang besar,” — Ciku

Dalam perlawanan menentang Todak dan ONIC Esport, ONIC meletakkan Yve di bahagian Goldlane Manakala Chou pula bermain di Midlaner. 

Todak berjaya menolak pasukan terkuat Indonesia, ONIC Esport ke lower bracket

Tentunya mengalahkan salah satu powerhouse merupakan impian semua pasukan di kejohanan dunia M3 Championship.

Dapat masuk ke dalam upper bracket sangat membantu dan memberi kelebihan kepada pasukan. 

Kini, dengan pengalaman yang Todak ada, kesilapan yang merek pelajari, sentiasa perbaiki kelemahan, pasukan itu berjaya buktikan kemampuan mereka.

Sumber: Mobile Legends Esports

Itu bukanlah kemenangan nasib, tetapi itu merupakan meta & strategi yang boleh dikatakan hampir kepada sempurna dikeluarkan oleh Todak.  

Meta split push & berjaya outplay drafting pasukan ONIC Esports memberi kelebihan yang besar buat Todak untuk menyerlah di M3. 

Semoga pasukan Malaysia boleh mendominasi kejohanan dunia, M3 Championship pada kali ini! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *