MEMUAT

Taip untuk mencari

Vivo Keyd bubarkan divisi MLBB, semua pemain kini free agent

atq_hyprgame
Kongsi

Vivo Keyd, naib juara MPL Brazil S1 & juga wakil Brazil di Kejohanan Dunia M3 telah pun membubarkan divisi MLBB mereka menurut media, OBuff. Namun, sehingga kini, Vivo Keyd masih lagi belum membuat pengumuman rasmi tentang pembubaran divisi MLBB mereka.

Walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di M Series, Vivo Keyd telah pun meletakkan kedudukan mereka sebagai pencabar baru dalam scene MLBB ketika di Kejohanan Dunia M3. Mereka juga mengejutkan komuniti MLBB apabila berhasil tewaskan juara MPL Indonesia S8, ONIC Esports (Indonesia) di peringkat kumpulan. 

Sumber: @o_bufff
Sumber: @o_bufff

Temu bual ONE Esports bersama dengan pemain Vivo Keyd, Luiz “Luiiz” Henrique Alves

Menurut ONE Esports, pembubaran divisi MLBB Vivo Keyd telah pun disahkan oleh pemain Gold Lane pasukan Vivo Keyd iaitu Luiiz. Kini, kesemua pemain Vivo Keyd di bawah status free agent & bersedia untuk memasuki mana-mana organisasi yang memiliki divisi MLBB. 

Dalam temu bual tersebut, Luiiz menyatakan bahawa beliau & pasukannya sedang mencari organisasi yang ingin mengambil mereka. Luiiz berkata kepada ONE Esports secara eksklusif,  

“Vivo Keyd tinggalkan MPL Brazil. Lineup kami ketika ini tidak ada mana-mana sponsor. Kami membuka peluang kepada pasukan Indonesia atau negara lain memiliki divisi MLBB Brazil yang bermain di Brazil,”

Sumber: Vivo Keyd
Sumber: Vivo Keyd

Kalau dilihatkan, banyak pasukan/pemain yang mahu bergabung tenaga & menyasarkan Indonesia sebagai negara yang mereka mahu kembangkan pasukan mereka. Seperti yang kita tahu, komuniti MLBB di Indonesia sangat besar.

Ini adalah peluang untuk organisasi e-sukan yang memiliki divisi MLBB untuk meluaskan lagi penguasaan mereka dalam scene kompetitif MLBB. Vivo Keyd juga memiliki kekuatan mereka tersendiri dalam scene kompetitif MLBB jika dilihatkan dari Kejohanan Dunia M3. 

Mungkin ini peluang besar untuk organisasi e-sukan Indonesia terutamanya kerana kita tahu sesiapa yang ada di bawah organisasi e-sukan Indonesia, banyak kelebihan yang akan diperolehi lebih-lebih lagi apabila scene kompetitif MLBB di Indonesia merupakan negara pertama yang menerapkan sistem liga francais. 

Antara organisasi e-sukan yang memiliki divisi MLBB luar dari Indonesia adalah Team RRQ, EVOS Esports & BOOM Esports. BOOM Esports mempunyai pasukan MLBB di Brazil di mana pemain yang mengisi roster mereka adalah pemain dari Brazil sendiri. 

Sumber: Team RRQ
Sumber: EVOS Esports
Sumber: BOOM Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *