MEMUAT

Taip untuk mencari

Sama ada dipilih atau di ban! 3 Hero yang mengubah meta M3

atq_hyprgame
Kongsi

Hero yang mengubah atau mentafsirkan meta M3 didefinasikan sebagai hero yang sama ada ianya dipilih atau di ban di ketika pasukan menyusun draft pick & ban mereka. 

Hero meta biasanya adalah hero yang baru dilancarkan atau di buff untuk memberikan mereka skil yang overpowered/ jadi lebih kuat untuk gantikan hero lain yang telah dikenakan nerf.

Sumber: Moonton

Rata-rata komuniti Mobile Legends percaya bahawa hero meta datang daripada hero yang biasanya diharamkan dalam Ranked atau acara kejohanan/e-sukan. Satu lagi yang menunjukkan hero meta adalah dengan melihat dari pick rate hero itu sendiri. 

Terbaru, Mobile Legends Esports telah pun mengeluarkan statistik tentang 3 Hero Meta M3 iaitu Mathilda (52 kali dipilih), Esmeralda (49 kali dipilih) & Beatrix (49 kali dipilih) yang merekodkan jumlah pemilihan hero yang tertinggi sepanjang di M3.

Berikut adalah Top 3 Hero yang mengubah meta M3 menjadikan hero itu sama ada dipilih atau diharamkan: 

Hayabusa

Tiada siapa yang mahu berlawan dengan Hayabusa! Hero Assasin ini merupakan hero yang paling banyak dikenakan ban (64 kali Hayabusa di ban) sepanjang M3 berlangsung. Kalau bertanyakan kepada pasukan-pasukan di M3, pasti mereka tidak mahu bertemu dengan Hayabusa. 

Walaupun pemain itu memiliki skil mekanik yang tinggi tetapi untuk counter Hayabusa, pemain tidak boleh kenakan counter yang natural. Memang kena pakar dalam memberi hard counter kepada hero ini. 

Hayabusa terlalu overpowered dan ia memiliki kelebihan untuk farming dengan sangat pantas. Dengan ketahanan yang ada pada Hayabusa, mudah untuk hero ini initiate dalam team fight

Sumber: Moonton

Mathilda

Mathilda kekal sebagai salah satu pemilihan hero terbaik dalam Mobile Legends begitu juga sepanjang M3 berlangsung. Hero ini merekodkan pick rate yang paling tinggi bagi keseluruhan M3 dengan 54.08%

Boleh dilihatkan di M3, semua pasukan berebut-rebut untuk memilih Mathilda dalam draft mereka. Banyak kali juga Mathilda dijadikan pick yang terawal. Mathilda merupakan hero Assasin/Support yang sangat kuat. Antara skil hebat yang ada pada Mathilda adalah Burst, Blink, Speed up & team buff. 

Mathilda telah dipilih sebanyak 52 kali & ia merupakan hero yang merekodkan pemilihan tertinggi sepanjang M3 berlangsung. Dari 52 kali hero Assasin/Support ini dipilih, kekalahan yang dihadapi adalah sebanyak 30 kali. 

Sumber: Moonton

Yve

Yve adalah hero yang telah berada dalam meta untuk seketika lamanya sama seperti Mathilda. Real World Manipulation yang menjadi ultimate untuk seorang Yve adalah salah satu kemahiran utama yang dipegang oleh Yve dalam Mobile Legends: Bang Bang. 

Sepanjang M3 berlangsung, Yve telah di ban sebanyak 73 kali & merekodkan ban rate yang paling iaitu 74.49%. Hero ini hanya menjejakkan kaki sebanyak 25 kali sahaja di Land of Dawn. Yve adalah hero Mage yang paling digeruni kerana kemampuan dia dalam memberikan burst damage yang besar.

Walau bagaimanapun, Yve hanya rekodkan 1 perbezaan mata di antara kemenangan (13 kali) & kekalahan (12 kali) sepanjang 25 kali hero itu dipilih. Jumlah keseluruhan P+B% Yve adalah 100%. 

Sumber: Moonton

Itulah 3 Hero yang mengubah meta M3, sama ada hero ini akan dipilih atau diharamkan untuk lengkapkan draft. Hero yang ditunjukkan berlainan dengan statistik terbaru hero meta yang dikeluarkan oleh Mobile Legends Esports kerana 3 hero yang dipilih telah dipilih dengan awal.

3 hero ini juga adalah hero meta bergantung kepada persetujuan pembaca. Mathilda & Yve pernah berada di dalam meta dalam beberapa waktu lamanya. Oleh itu, hero ini kerap kali dilihat sebagai hero yang sama ada ianya akan dibawa masuk atau akan diharamkan.

Semua informasi tentang peratusan, jumlah hero dipilih & jumlah kemenangan hero diambil sepenuhnya dari statistik bagi Kejohanan Dunia M3 melalui Reddit.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *