MEMUAT

Taip untuk mencari

Rose Ophelia, pasukan MLBB Ladies Malaysia mara ke playoffs

atq_hyprgame
Kongsi

Rose Ophelia berjaya mara ke lower bracket playoffs di UniPin Ladies Series SEA Invitational!

Rose Ophelia merupakan pasukan Mobile Legends: Bang Bang wanita yang tidak asing lagi dalam scene kompetitif di Asia Tenggara.

Pasukan wanita Mobile Legends Malaysia ini sudah beberapa kali menyertai kejohanan-kejohanan Asia Tenggara bersama pasukan wanita Mobile Legends Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.

Sumber: UniPin Ladies Series

Wan Nur Adibah Humairah atau dikenali dengan lebih dekat sebagai RSE Dibo memegang posisi Jungler dalam pasukan itu. Beliau merupakan salah satu barisan pemain Rose Ophelia yang boleh dikatakan sedang meningkat naik. 

Sumber: RSE Dibo

Jika dilihatkan dalam setiap kejohanan yang dipertandingkan, RSE Dibo merupakan salah satu pemain wanita yang paling menonjol di dalam barisan Rose Ophelia. Antaranya adalah ketika di UniPin Ladies Championship MYSG

GGWP! Rose Ophelia mara ke lower bracket playoffs UniPin Ladies Series SEA Invitational

UniPin Ladies Series SEA Invitational telah pun bermula pada 15 November di mana pembukaan kejohanan itu dimulakan dengan group stage bagi mencari 8 pasukan terbaik untuk mara ke playoffs.

Sumber: UniPin Ladies Series

Semalam, telah selesai pusingan group stage di mana 8 pasukan terbaik telah pun berjaya mara ke peringkat playoffs. 8 pasukan itu adalah EVOS Lynx, RRQ Mika, IDNS Winx, Arkangel FE, Belletron Era, GPX Ladies, LVD Huntress dan Rose Ophelia. 

Rose Ophelia akan bermain di lower bracket playoffs menentang pasukan Thailand, IDNS Winx pada hari ini, 18 Disember pada pukul 5 petang GMT+8. 

Sumber: UniPin Ladies Series

Rose Ophelia naib juara UniPin Ladies Championship MYSG

Ketika di UniPin Ladies Championship MYSG, Rose Ophelia berjaya mendapatkan tempat kedua. Manakala juara UniPin Ladies Championship MYSG pada ketika itu adalah pasukan daripada Singapura iaitu pasukan Please Sponsor Us. 

Dengan pencapaian yang diperolehi oleh Rose Ophelia ketika di UniPin Ladies Championship MYSG, mereka berjaya melayakkan diri di UniPin Ladies Series SEA Invitational. 

Sumber: UniPin Ladies Series

Umum mengetahui bahawa scene kompetitif Mobile Legends wanita di Malaysia masih belum mendapat sambutan yang baik seperti di Indonesia. Antara pasukan MLBB wanita di Indonesia yang terkenal adalah EVOS Lynx, Belletron Era dan RRQ Mika.

Di Indonesia, kita dapat lihat bahawa divisi Mobile Legends lelaki dan perempuan adalah besar disebabkan oleh lapasiti dan komuniti Mobile Legends di Indonesia itu sendiri. 

Baru-baru ini, memetik dari temu bual di antara ONE Esports dan RSE Dibo, RSE Dibo mengatakan bahawa beliau berharap agar scene kompetitif Mobile Legends Ladies Malaysia sebesar di Indonesia pada masa yang akan datang. 

RSE Dibo juga berkata bahawa di Malaysia, kejohanan Mobile Legends yang khusus dibuat oleh wanita tidak banyak. 

Seperti di Indonesia, mereka mempunyai peluang untuk sertai kejohanan MLBB yang dibuat khusus untuk barisan pemain MLBB wanita seperti WSL, WISC dan UniPin

Tambahan, roster bagi Rose Ophelia masih lagi baru dan mereka tidak mempunyai persediaan yang intensif dan rapi buat masa kini. 

Sumber: UniPin Ladies Series

Selamat maju jaya buat Rose Ophelia yang akan bertanding di lower bracket playoffs UniPin Ladies Series SEA Invitational. Playoffs akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 November sehingga 19 November ini.

Siaran langsung UniPin Ladies Series SEA Invitational boleh ditonton di laman rasmi Facebook UniPin Ladies Series dan Youtube UniPin Gaming.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *