MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: Moonton jelaskan isu berkaitan penyertaan Akatsuki

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang iaitu Moonton Games telah pun menjawab isu berkaitan dengan pasukan Akatsuki yang tidak boleh mengikuti M3 Champiosnhip. 

Seperti yang kita tahu, Akatsuki merupakan juara M3 Arabia Major yang pada awalnya mendapatkan slot ke M3 Championship. Namun, berikutan dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka, pihak Moonton membuat keputusan untuk menggantikan slot mereka. 

Pihak Hyprgame telah pun mengikuti perkembangan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pasukan Akatsuki. 

Sumber: Yones Gaming

Pada awalnya, Kapten Akatsuki yang dikenali sebagai Yones Gaming mengatakan bahawa pasukan beliau mungkin tidak dapat mengikuti kejohanan dunia MLBB kerana terdapat beberapa masalah.

Antaranya adalah beberapa orang pemain mereka tidak mendapat kebenaran pas perjalanan serta salah satu dari pemain Akatsuki tidak mencapai had umur yang ditetapkan

Kemudian, isu ini terus berlanjutan apabila Moonton mengumumkan bahawa GX Squad, pemegang tempat ketiga M3 Arabia Major akan menggantikan slot Akatsuki. 

Yones ada meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap pihak penganjur berkaitan dengan penggantian slot mereka kepada pasukan GX Squad. 

Menurut Yones, 5 pemain dari pasukan GX Squad tidak melengkapkan roster mereka ketika bertanding di kualifikasi M3 Arabia Major. 

Sedangkan di pihak Akatsuki, mereka sudah pun meminta kebenaran untuk menggantikan pemain yang tidak boleh berada di kejohanan offline itu. Mereka juga telah mempersiapkan 3 orang pemain utama. 

Sumber: Yones Gaming

Disebabkan isu ini mendapat perhatian ramai terutamanya buat peminat-peminat Akatsuki, pihak Moonton telah tampil membuat penjelasan tentang perkara ini. 

Moonton memberi penjelasan tentang isu tersebut di Facebook Mobile Legends dengan mengatakan bahawa, 

“Pasukan Akatsuki tidak menyediakan pas perjalanan dan pengambilan vaksin pada masa yang sepatutnya. Dan, selepas kami berkomunikasi dengan pihak Akatsuki beberapa kali, informasi dan data yang diperlukan tidak disediakan oleh mereka.” 

Moonton juga menambah, 

“Berkenaan dengan isu vaksinasi pemain-pemain mereka, Akatsuki tidak melepasi tahap penilaian rasmi di mana mereka tidak memastikan keselamatan pemain dijaga sepenuhnya. Mengikut peraturan kejohanan, Akatsuki tidak boleh sertai M3 Championship.”

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Seperti yang kita tahu, dalam sidang media yang diadakan oleh Moonton bagi mengumumkan informasi penting tentang M3 Championship, pihak penganjur sangat menitik beratkan pengambilan vaksin yang lengkap dan keselamatan pemain serta kakitangan. 

Namun, penjelasan Moonton berkenaan isu Akatsuki ini mendapat kecaman daripada peminat dan komuniti Mobile Legends Arabia.

Sumber: Mobile Legend: Bang Bang

Semoga perkara yang dijelaskan oleh pihak Moonton tentang isu penyertaan Akatsuki ini jelas. Buat Yones, sebagai kapten pasukan Akatsuki semestinya beliau mahu pasukan beliau berada di pentas dunia buat kali pertama.

Namun, pihak Moonton mengutamakan keselamatan kerana kejohanan dunia ini akan diadakan secara offline & bakal melibatkan ramai orang. Jadi, keselematan di musim pandemik ini sangat diutamakan.

M3 Championship akan mula membuka arena mereka pada 6 Disember sehingga 19 Disember ini.

16 pasukan terbaik di seluruh dunia akan merebut kejuaraan M3 Championship sekali gus menjadi pasukan Mobile Legends terbaik dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *