MEMUAT

Taip untuk mencari

PMGC 2021: Rasmi! DWG KIA ambil alih roster Warrior Esports

atq_hyprgame
Kongsi

DAMWON KIA (DWG KIA) yang dulu dikenali sebagai DAMWON Gaming (DWG) merupakan organisasi e-sukan Korea yang mempunyai beberapa divisi e-sukan. 

Divisi & roster e-sukan yang dimiliki oleh DWG KIA adalah seperti League of Legends, Valorant, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), Rainbow Six Siege dan Fortnite Battle Royale.  

Divisi League of Legends DWG KIA sangat mendominasi

Jika bercakap tentang DWG KIA, pasti semua tahu bahawa divisi League of Legends mereka merupakan divisi yang paling kuat sekali dalam organisasi e-sukan itu. 

Walaupun DWG KIA gagal untuk mengekalkan kejuaraan mereka di Worlds 2021, roster mereka di kejohanan dunia itu sangat kuat dan kukuh.

Antara pencapaian DWG KIA dalam divisi League of Legends adalah: 

  • Tempat kedua: 2021 World Championship
  • Juara: LCK Summer 2021
  • Tempat kedua: Mid-season Invitational 2021
  • Juara: LCK Spring 2021
  • Juara: KeSPA Cup 2020
  • Juara: 2020 World Championship
  • Juara: LCK Summer 2020
Sumber: Riot Games

DWG KIA ambil alih roster Warrior Esports, divisi PUBG Mobile pertama!

Terbaru, DWG KIA kini rasmi telah mengambil alih roster Warrior Esports. Pengambil alihan roster pasukan Warrior Esports ini dikatakan sebagai ‘contract’.

Dengan pengambil alihan roster Warrior Esports, DWG KIA kini rasmi memiliki divisi PUBG Mobile di bawah mereka.

Sumber: DWG KIA
Sumber: DWG KIA

Slot PMGC 2021 ini telah pun diberikan kepada Warrior Esports yang pada awalnya dimiliki oleh juara PUBG Mobile Pro Series S2 iaitu pasukan Hidden.

Tetapi, pihak Krafton telah membatalkan kelayakan pasukan Hidden ke PMGC 2021 atas sebab-sebab tertentu. Pasukan itu secara automatik hilang kelayakan untuk bertanding di kejohanan dunia tersebut. 

Kebiasaannya, organisasi e-sukan yang besar lebih berminat untuk mengambil alih roster seperti apa yang dilakukan oleh DWG KIA. 

Untuk melebarkan lagi nama mereka menerusi divisi yang baru sahaja ditubuh bukanlah mudah. Jadi, pengambil alihan roster merupakan salah satu cara yang strategik untuk meluaskan lagi dominasi sesebuah organisasi e-sukan. 

Ini merupakan kali pertama DWG KIA memegang roster & mara ke kejohanan PUBG Mobile. DWG KIA akan berentap bersama 19 pasukan PUBG Mobile yang lain di Liga Timur.

PMGC 2021 akan mula membuka pentas liga mereka pada 30 November ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *