Wow! Pemain CODM bagi pasukan RSG Malaysia iaitu RanGer akan sertai roster PUBG Mobile RSG di UniPin SEACA Major Public
RSG Malaysia akan berentap bersama-sama dengan 15 pasukan Asia Tenggara yang terdiri daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.
16 pasukan yang akan berentap di Grand Finals SEACA Major Public
Negara | Pasukan |
Indonesia | • Bigetron Red Aliens • EVOS Reborn • BOOM Esports • TF2W Abidin • GSpace Commander • Grimz Seven SEA • Aditama Esports • Victim Sovers • Masadepan Dream • Skylightz Reverse Blue |
Malaysia | • Fanx My • RSG |
Thailand | • Pinkgold Esport • Excelsior |
Filipina | • OGG Blitz |
Brunei | • Traitor X GFS |
Roster baru PUBG Mobile bagi pasukan RSG di Grand Finals SEACA Major Public ini memberi sedikit kelainan di mana 2 pemain baru akan melengkapkan roster mereka di kejohanan itu. Salah satu daripada mereka adalah RanGer.
RanGer merupakan pemain CODM bagi pasukan RSG yang pernah menjuarai CODM: MYSG Championship 2021 bersama dengan pasukan beliau.
Di laman Instagram RanGer, beliau ada beberapa kali memuat naik posting di Instagram story menunjukkan bahawa beliau kerap kali mengikuti scrim PUBG Mobile bersama dengan RSG.
RSG akan turut bersama-sama dengan satu lagi pasukan Malaysia iaitu Fanx My di Grand Finals SEACA Major Public. RSG akan bermain dengan sebahagian daripada roster PMPL MYSG S4 iaitu Rex, Smallboy & Kim serta 2 tambahan pemain, RanGer & Luk.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!