MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kim RSG MY Kini Free Agent

ai hyprgame
Kongsi
Kim RSG MY Kini Free Agent

Amirul Sabaruddin atau juga dikenali sebagai Kim merupakan pemain PUBG Mobile bagi pasukan RSG Malaysia. Sebelum menyertai RSG Malaysia sejak Januari 2021 sehingga sekarang, Kim telah menimba pengalaman dengan banyak pasukan termasuklah Panda Q Senior, RRQ Panda, Rampage Elementus, Xpert MY, Dan juga TRX Elementus.

Hampir 2 tahun bersama RSG Malaysia, Bintang PUBG Mobile Malaysia kini telah mengumumkan secara rasmi yang dia tidak lagi bersama divisi ini dan menjadi Free Agent.

Dia dan pasukannya pernah menjuarai PMPLMYSG pada musim ketiga yang lalu, Dan kini ingin meneroka peluang baharu bagi perjalanan kariernya didalam arena esukan kompetetif ini.

Selain menjuarai PUBG Mobile Pro League MY SG pada musim tersebut, Kim juga telah menyertai pelbagai kejohanan seperti di PUBG Mobile Malaysia National Championship, Ultimate Warrior Showdown dan lain-lain lagi.

Malahan dia juga pernah dinobatkan sebagai MVP terbaik ketika di Grand Finals PMPLMYSG S3 sekaligus membawa pulang hadiah sebanyak $2,000.

Pengumuman ini dibuat oleh Kim sendiri menerusi akaun Facebook peribadinya sendiri, Dan sebagai komuniti esukan Malaysia mengharapkan kejayaan buat Kim pada masa akan datang. Goodluck Kim!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *