MEMUAT

Taip untuk mencari

Barisan pemain pasukan Talon Dota2

Kongsi
Barisan pemain pasukan Talon Dota2

Organisasi Talon merupakan platform esport yang berpusat di Hong Kong. Manakala terdapat cawangan yang terletak di Thailand, Taiwan, Filipina dan Korea Selatan. Organisasi Talon ditubuhkan pada 2017 dan mempunyai 6 pasukan esport profesional dan telah mencatat lebih daripada 30 kemenangan dalam kejohanan rasmi. 

Semalam, Talon Esport telah mengumumkan kemasukkan pasukan pertama mereka bagi Dota 2. Dengan kejayaan yang sudah kukuh dalam platform MOBA dan pelbagai kejuaraan yang telah diperolehi. Pasukan ini akan menetap di Manila, Filipina dengan ahli pasukan yang berkelas dunia :

  • Fly (Israel / Canada)
  • Hyde (Indonesia)
  • Gabbi (Philippines)
  • Mikoto (Indonesia)
  • kpii (Australia)

Ketua pegawai Eksekutif Talon, Sean Zhang juga berkata “Dota 2 merupakan permainan yang telah lama kami ingin sertai dan akhirnya pada 2021 kami dapat menyertainya. Skuad baharu kami akan menetap di Filipina dan kami akan membawa semangat negara ini”. Tambahnya lagi,”kami telah menyusun senarai pemain yang berbakat dengan matlamat untuk bertanding di peringkat Antarabangsa tahun hadapan”.

Sedikit kata-kata daripada pemain berbakat kami:

Mikoto: “Talon akan menjadi pasukan antarabangsa pertama saya secara rasmi dan kerana ini adalah senarai pertama Dota 2 Talon, saya harap kami boleh bermain dengan baik dalam sepanjang musim DPC yang akan datang. Saya juga tidak sabar untuk bermain dengan rakan sepasukan saya yang lain dan mencipta kenangan hebat dengan Talon Esport.”

Fly: “Rantau Asia Tenggara sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya, dengan peminat yang bersemangat dan pemain Dota 2 yang berbakat. Ia akan menjadi sengit,  tetapi saya tidak sabar untuk bersaing di bawah sepanduk yang baru dan bersama barisan pemain berbakat ini. Saya teruja untuk era baharu bagi SEA Dota2 .”

Gabbi: “Saya sangat teruja untuk bermain di organisasi yang berjaya di peringkat global seperti Talon Esports. Saya akan bekerja keras untuk mendapatkan keputusan terbaik dan mewakili Filipina dengan bangganya.”

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *