MEMUAT

Taip untuk mencari

Orange Esports melepaskan kesemua barisan pemain Lunatix

atq_hyprgame
Kongsi

Farewell, barisan pemain Lunatix bagi Orange Esports

Selepas LinkEzaa mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bersama dengan Orange Esports, organisasi e-sukan itu mengumumkan bahawa mereka telah pun melepaskan kesemua barisan pemain Lunatix.

Lunatix telah pun mengembangkan organisasi mereka dengan memegang 2 buah pasukan di bawah mereka. Antaranya adalah Orange Esports (kolaborasi Orange Esports Academy) & Falcon Jr. MY (kolaborasi dengan Falcon Esports, Myanmar). 

Sebahagian besar daripada roster Orange Esports dimiliki sepenuhnya oleh Lunatix. Kini, Orange Esports tidak lagi bersama dengan barisan pemain Lunatix. Mungkin Orange Esports mahu mencari bakat baru di bawah mereka.

Sumber: Orange Esports

Di laman rasmi Facebook Orange Esports, organisasi e-sukan itu telah memuat naik satu posting dengan mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain Lunatix.

“Kami mempunyai satu perjalanan yang sangat baik bersama dengan pasukan baru. Mereka masuk sebagai rookies dan keluar sebagai roster yang berbakat dalam MPL MY S8.”

“Ia merupakan satu perjalanan yang hebat dan dengan itu, kami negucapkan selamat tinggal kepada keseluruhan barisan pemain Lunatix.”

“Kami mendoakan semoga mereka berjaya dalam setiap usaha mereka dan kami berharap mereka akan terus maju dalam kerjaya kompetitif.”

Sumber: MPL Malaysia

Rata-rata dari komuniti Mobile Legends sedikit terkejut dengan pelepasan kesemua pemain Orange Esports kerana mereka merupakan antara pasukan terbaik di MPL MY S8 & hanya bersama untuk satu musim.

Adakah barisan pemain Orange Esports akan kembali ke pasukan asal mereka, Lunatix? 

Atau kesemua pemain mereka akan membuat haluan dan perjalanan baru bersama dengan pasukan baru di MPL MY musim yang akan datang? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *