MEMUAT

Taip untuk mencari

Future custom Keybind untuk pilih Ejen?

Kongsi
Future custom Keybind untuk pilih Ejen?

Pemain Valorant akan dibolehkan untuk mengubahsuai KeyBind untuk menukar ejen, menurut Valorant Leaked.

Valorant tidak pernah mempunyai pilihan untuk menetapkan kawalan bagi menukar ejen, perkara ini menyukarkan pemain yang perlu keluar ke menu dan memilih semula ejen yang ingin dimainkan. Tidak seperti permainan Overwatch yang mempunyai KeyBinds tersendiri untuk menukar watak yang dimainkan.

Walaupun perkara ini belum dipastikan sama ada sahih atau tidak, tetapi perkara ini boleh berubah selepas permintaan ramai untuk mempunyai ciri penukaran ejen di dalam Valorant.

Seperti di Overwatch pemain boleh menukar watak yang dimainkan secara individual dengan mudah. Contohnya seperti anda menggunakan watak D.Va dan ingin menukarkan kepada watak Zenyatta, anda hanya perlu menekan butang yang anda telah tetapkan.

Tetapi tidak di dalam Valorant, jika pemain ingin menggunakan ejen yang berbeza sama ada di custom ataupun dalam latihan, pemain perlu masuk secara manual dan mengubah suai setingan ejen berulang kali.

Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin akan diubah oleh pihak Developer. Berdasarkan kebocoran baharu tentang “Profil Ejen” daripada @ValorLeaks di Twitter. Sama seperti Overwatch “Profil Ejen” yang akhirnya membenarkan pemain untuk membuat Keybinds tersendiri bagi menukarkan ejen mereka.

Riot Games tidak lagi mengumumkan perkara ini dengan secara rasmi, jadi ia perlu di tunggu hingga perkara itu di rasmikan oleh mereka sendiri. Mungkin terdapat beberapa patch baharu dan tambahan terbaru di Episode 4 Act 1 yang akan bermula pada Januari 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *