MEMUAT

Taip untuk mencari

Macam mana fungsi Rank VALORANT ?

Kongsi
Macam mana fungsi Rank VALORANT ?

Riot Games telah menjelaskan bagaimana ranking system mereka berjalan, terdapat pemain yang masih keliru berkenaan itu setelah mereka memperoleh RR yang sedikit apabila kalah. 

Bagi menaikkan rank bukanlah sesuatu yang mudah. Skill kemahiran terus meningkat apabila permainan semakin lama dimainkan, menjadikan permainan itu lebih mencabar. Walau bagaimanapun, developer telah menjelaskan dengan jelas mengapa sesetengah pemain sering mendapat RR yang sedikit berbanding dengan permainan lain.

Terdapat pemain yang kerap merungut tentang RR yang ditolak lebih ketika kalah dan jika menang hanya menambah sedikit sahaja. Jelas Riot bahawa ini bukanlah pepijat(bug), sistem RR Valorant telah dibuat seimbang dan kadangkala ia bergantung pada prestasi pemain itu sendiri. 

Pereka kompetitif kanan EvrMoar mengatakan sistem ini memudahkan proses RR yang mungkin menyebabkan keuntungan poin mata yang rendah. Menurut developer keuntungan RR dan kerugian bergantung kepada empat perkara ini :

  • Winning or losing 
  • Round difference
  • Individual performance
  • Performance compared to MMR average 

Sistem memotong sebahagian daripada ELO bergantung kepada kekalahan atau memenangi permainan. ELO juga bergantung di rounds yang dimainkan pemain.

Contohnya, jika anda kalah 11-13, sistem akan menolak ELO sedikit sahaja. Jika perbezaan pusingan adalah tinggi, anda mungkin kehilangan ELO lebih. Lebih banyak mata ditolak jika prestasi individu anda lemah. Ini akan membantu jika anda mengekalkan nisbah K/D yang positif walaupun semasa anda kalah dalam permainan. Katakan anda beraksi dengan sangat baik dan memenangi permainan. Anda akan mendapat lebih banyak mata kerana anda berprestasi lebih baik daripada purata anda.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *