MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Acara sukan ikonik akan bermula pada September 2022 di China dan menampilkan PUBG Mobile buat kali pertama.

Penampilan permainan battle royale ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain terbaik di Asia untuk mempamerkan kemahiran mereka di pentas dunia!

Sumber: Krafton

PUBG Mobile yang dibangunkan bersama oleh Lightspeed dan Quantum Studios Tencent Games dan KRAFTON telah dipilih sebagai salah satu daripada lapan permainan yang akan disertakan dalam program e-sukan rasmi bagi Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China

Ini merupakan kali pertama PUBG Mobile sertai sebagai acara rasmi di Sukan Asia. Permainan battle royale ini akan berlangsung pada 10 September sehingga 25 September, 2022! 

Sukan Asia 2022 membuka peluang untuk acara e-sukan sertai mereka! 

Sukan Asia adalah acara sukan yang pelbagi di mana ia diadakan setiap empat tahun sekali. Acara itu diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai acara kedua terbesar selepas Sukan Olimpik

Sukan Asia mula-mula membuka jalan untuk perwakilan e-sukan dengan kemasukannya sebagai sukan demonstrasi pada 2018. Pada ketika ini, e-sukan tidak dikategorikan sebagai acara berpingat dan ia bukan sebahagian daripada program rasmi. 

Maksud bukan acara berpingat adalah pingat yang dimenangi tidak dikira dalam pungutan pingat rasmi untuk disumbangkan kepada negara. 

Sumber: Asian Games 2022

Kini, pada 2020 & 2022 yang akan datang, e-sukan telah pun diumumkan sebahagian daripada program rasmi dan acara berpingat! 

Pada Sukan Asia ke-19, PUBG Mobile akan menyertai tujuh lagi permainan yang tersenarai dalam program. Antaranya adalah Arena of Valor Asian Games Version, DOTA 2, Dream Three Kingdoms 2, EA SPORTS FIFA, Hearthstone, League of Legends, Street Fighter V.

Sebanyak 24 pingat boleh diperoleh pada Sukan Asia 2022 di bawah kategori e-sukan. Setiap gelaran mempunyai pingat Emas (Gold), Perak (Silver) dan Gangsa (Bronze).

PUBG Mobile merupakan satu-satunya battle royale di Sukan Asia 2022

Sebagai salah satu program e-sukan terbesar & paling mudah diakses di dunia, komuniti e-sukan bagi PUBG MOBILE telah menyaksikan perkembangan yang hebat pada tahun 2021 dengan 14 liga baharu & jumlah hadiah berjumlah $15,000,000 untuk tahun ini.

Jumlah hadiah yang ditawarkan oleh PUBG Mobile merupakan satu jumlah yang besar dalam sejarah e-sukan!

Sumber: Twitter PUBG Mobile

James Yang, Director of Global Esports mengatakan bahawa, 

“Adalah satu penghormatan untuk PUBG MOBILE dimasukkan ke dalam Sukan Asia 2022. Kami amat bertuah kerana mempunyai beberapa pemain yang sangat berbakat dari beberapa negara termasuk Malaysia, dan tidak sabar untuk melihat mereka bersaing sebagai sebahagian daripada acara berprestij itu. 

Peminat permainan ini boleh menantikan persaingan yang menarik antara pemain PUBG MOBILE terbaik di rantau ini kerana mereka akan diraikan bersama atlet terbaik di Asia.”

Minu Lee, Head of the PUBG Mobile Strategic Marketing Department di Krafton menambah, 

“Saya gembira PUBG MOBILE dipilih sebagai acara pingat rasmi di Sukan Asia Hangzhou 2022, yang akan memberi peluang untuk pemain dari seluruh Asia bersama. 

“Saya berharap peminat dan pemain dapat bersatu menerusi versi baharu PUBG Mobile di mana kami bangunkan dengan PUBG IP khusus untuk Sukan Asia 2022.”

Namun, infomasi lanjut tentang pasukan atau pemain yang bakal sertai Sukan Asia 2022 dalam kategori e-sukan PUBG Mobile masih belum dinyatakan.

Disebabkan Sukan Asia 2022 bakal diadakan pada bulan September 2022, masih banyak lagi info yang bakal didedahkan pada tahun hadapan!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *