MEMUAT

Taip untuk mencari

LinkEzaa, Iris, Mannn & iSonic rasmi sertai roster Pabz Esports!

atq_hyprgame
Kongsi

Tidak sampai 24 jam, 4 barisan pemain Orange Esports telah pun rasmi sertai roster Mobile Legends Pabz Esports. 

Pabz Esports merupakan pasukan Mobile Legends yang bertapak di Indonesia. Kini, pasukan itu telah pun melebarkan sayap mereka dengan memasuki scene Mobile Legends Malaysia dan membina pasukan Pabz Esports MY. 

Menurut posting di laman Facebook LinkEzaa, beliau mengatakan bahawa Pabz Esports akan menggunakan roster Orange Esports iaitu Iris, Mannn & iSonic.

Juga, pemain baru yang dikenali sebagai Jordan & 1-2 pemain Indonesia dari Pabz Esports. 

Rata-rata tekaan peminat tentang kemasukan Linkezaa ke dalam roster Geek Fam, Todak dan Team Bosskurr tidak tepat. 

Sumber: LinkEzaa ML

Pasti pemain muda itu mahukan lebih banyak pengalaman dalam bidang kompetitif kerana ini merupakan tahun pertama beliau menjejakkan kaki di gelanggang profesional MLBB. 

Dengan menyertai pasukan yang tidak hanya bernaung di Malaysia, ia sedikit sebanyak memberi peluang dan ruang yang baik untuk pemain-pemain berkembang dalam scene kompetitif. 

Di Facebook LinkEzaa, beliau mengatakan bahawa, 

“Selepas beberapa hari dalam pertimbangan, saya membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Pabz Esports.”

“Menjadi sebahagian daripada keluarga bagi pasukan ini, saya mempunyai peluang untuk belajar perkara-perkara baru dari Pabz Esports.” 

Selain itu, LinkEzaa juga ada memetik nama Poizy atau nama sebenar beliau, Salman Thaher Aljabar sebagai idola LinkEzaa. Poizy merupakan pemain Indonesia bagi Pabz Esports. 

Dengan adanya tawaran untuk sertai roster Pabz Epsorts, Link juga berkata bahawa beliau mempunyai peluang untuk pergi ke Indonesia. 

Sumber: LinkEzaa ML

Umum mengetahui bahawa Indonesia banyak melahirkan pemain-pemain Mobile Legends bertaraf dunia. Mereka juga merupakan negara Asia Tenggara yang telah pun mendominasi scene kompetitif Mobile Legends. 

LinkEzaa mahu mendapatkan pendedahan, belajar, berlatih dan mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan Pabz Esports Indonesia. Beliau juga akan memegang posisi sebagai Jungler pasukan Pabz Esports.

“Terima kasih Elin dan Ko Masta daripada Pabz Esports ID kerana memberi kepercayaan kepada saya dan pasukan saya.”

“Saya juga mahu berterima kasih kepada Kuja kerana beliau selalu letakkan kepercayaan kepada saya sehingga ke hari ini.” 

Tahniah! Sememangnya satu pengalaman baru & berharga buat LinkEzaa di usia yang sangat muda. Selamat maju jaya diucapkan kepada LinkEzaa, Iris, Mannn & iSonic. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya