MEMUAT

Taip untuk mencari

xNova, pemain Dota 2 terbaik Malaysia sedang mencari pasukan baru

atq_hyprgame
Kongsi

Pemain Dota 2 Malaysia Yap “xNova” Jian Wei telah mengumumkan di Twitter bahawa beliau masih mencari pasukan baru. Beliau memerlukan pasukan baru untuk mengikuti Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022 yang bakal berlangsung pada 29 November ini. 

xNova telah membuat pengumuman di Twitter seminggu sebelum tarikh kunci roster DPC 2022 yang akan ditutup pada 21 November ini bagi Liga Regional. Beliau telah pun menamatkan perjalanan bersama dengan EHOME pada Julai 2021 yang lalu. 

Sumber: EHOME

Dalam tweetnya, xNova, yang bermain sebagai kedudukan lima & biasanya memenuhi peranan sebagai kapten, mengakui bahawa pengumuman yang dibuat adalah sedikit lewat. 

Terdapat perubahan dan rombakan roster yang berlaku terhadap semua pasukan Dota 2. Namun, beberapa pasukan sahaja yang telah mengumumkan roster mereka secara publik. 

Sumber: xNova

Baru-baru ini, khabar angin mengenai pasukan Cina baru xNova telah tersebar. Khabar angin mengatakan bahawa Jin “flyfly” Zhiyi, Lu “SomnusM” Yao, Ren “eLeVeN” Yangwei, Xu “fy” Linsen dan xNova akan bergabung sebagai satu pasukan. 

Invictus Gaming & Vici Gaming masing-masing memegang kontrak dengan flyfly dan eLeVeN. Manakala, status Somnus dan fy masih lagi ‘free agent‘ selepas berpisah dengan Elephant baru-baru ini.

Menurut AFKGaming, tweet xNova menunjukkan bahawa tiada satu pun rancangan yang beliau rancangkan sebelum ini berjaya. Beliau juga sehingga kini masih mencari pasukan untuk dirinya.

Semua pasukan yang akan sertai DPC 2022 harus mengunci roster mereka sebelum atau pada 21 November bagi Liga Regional. 

Tour pertama bagi DPC 2022 akan mula buka arena pada 29 November 2021 ini.

Info, maklumat lanjut serta terjemahan tentang xNova mencari pasukan baru untuk persiapkan diri menghadapi Dota 2 DPC 2022 diambil sedikit sebanyak dari AFKGaming.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *