MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: Paquito & Hayabusa ONIC PH kunci kemenangan 2-0

atq_hyprgame
Kongsi

Kemenangan yang diperolehi oleh ONIC PH menentang pasukan Smart Omega membolehkan mereka mara ke bracket yang seterusnya untuk bertemu dengan powerhouse Indonesia, RRQ Hoshi. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Menjadi salah satu pasukan Filipina yang bakal mengegarkan arena MPL Invitational 2021, ONIC PH membuktikan bahawa mereka mampu menewaskan Smart Omega. 

Kedua-dua pasukan ini pernah mengalahkan pasukan terbaik Filipina, Blacklist International. Tidak dapat dinafikan, semua pasukan meletakkan keinginan untuk bertemu dengan pasukan gergasi Filipina, Blacklist International. 

Sumber: ONE Esports

Hero Paquito yang digunakan oleh ONIC Kairi sangat luar biasa!

Paquito Kairi merupakan kunci kemenangan ONIC PH di perlawanan pertama. Barisan hero ONIC PH di perlawanan pertama kebanyakannya memberikan damage yang tinggi. Pemilihan hero ONIC PH — Paquito (Jungler), Lunox dan Jawhead (Midlane) & Claude dan X.Borg (EXP & Gold Lane).

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Dengan adanya draft hero yang mampu memberikan damage yang tinggi, ONIC PH sememangnya membeli kemenangan di perlawanan pertama dengan agak mudah. 

Namun, Smart Omega juga masih mampu memberi pertahanan dan serangan semula ke atas pasukan ONIC PH. Permainan yang baik sebenarnya ditunjukkan oleh Smart Omega apabila mereka berjaya mengejar mata singkir dan networth pasukan ONIC PH. 

Sumber: ONE Esports

Cuma dari segi turret dan Lord, Smart Omega tidak mampu untuk mencuri turret dan Lord pasukan ONIC PH. Disebebkan damage yang tinggi diberikan oleh ONIC PH, ia sedikit sebanyak memperlahankan pergerakan Smart Omega.

Lord ketiga yang diambil oleh ONIC PH merupakan pengakhiran perlawanan di antara ONIC PH dan Smart Omega. ONIC PH terus memasuki base pasukan lawan mereka untuk mendapatkan kristal. Damage yang diberikan oleh kedua-dua pasukan sangat tinggi tetapi damage ONIC PH jauh lebih tinggi!

Sumber: ONE Esports

Smart Omega mampu untuk comeback tapi ONIC PH lebih pantas

Di perlawanan kedua, kedua-dua pasukan mempunyai barisan hero yang seimbang. Dapat dilihatkan Smart Omega kelihatan lebih yakin pada perlawanan kedua. 

Namun, pujian demi pujian harus diberikan buat pemain Jungler pasukan ONIC PH, Kairi. Beliau merupakan highlight bagi kedua-dua perlawanan yang dimainkan. Jungler pasukan ONIC PH ini mempunyai skil mekanik yang luar biasa. 

Sumber: ONE Esports

Di minit ke-10, Smart Omega bermain dengan sangat kemas berbanding di perlawanan pertama. Mereka mendahului mata penyingkiran, turret dan networth. Manakala pasukan ONIC PH, permainan mereka kelihatan kurang kemas.

Tetapi, penyelamat pasukan ONIC PH adalah Jungler pasukan mereka, Kairi. Kairi memberikan performa yang sangat baik walaupun beliau beberapa kali menghadapi situasi yang sedikit sulit.

Pengawalan peta  dan penjagaan base yang baik. Juga, serangan yang sangat sistematik dibuat oleh ONIC PH terhadap Smart Omega memberikan mereka kemenangan mutlak di perlawanan kedua dengan 2-0.

Sumber: ONE Esports

Good Game Well Played buat pasukan Filipina, Smart Omega. Mereka sebenarnya mampu untuk melakukan comeback di perlawanan kedua tetapi ONIC PH memberikan tekanan yang tinggi buat mereka.

Bagi pasukan ONIC PH, mereka telah menunjukkan bahawa mereka sudah hampir untuk merealisasikan impian mereka bertemu sekali lagi dengan ONIC PH. Jika ditanyakan kepada Blacklist International, mereka juga mahu berjumpa dengan ONIC PH, pasukan yang telah pun merampas winstreak mereka di MPL PH S8.

ONIC PH akan bertemu dengan pasukan powerhouse Indonesia, RRQ Hoshi pada hari ini, 4 November pada pukul 18:10 GMT+8.

Pemenang bagi perlawanan di antara RRQ Hoshi dan ONIC PH akan bertemu dengan juara MPL MY S8, Team SMG di quartefinal pada 5 November, 13:00 GMT+8.

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *