MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: Rookie RBG menang bersih lawan veteran Filipina, NXPE

atq_hyprgame
Kongsi

Wow! Pasukan baru, Rebellion Genflix yang baru sahaja membuat kemunculan di kompetitif MPL Indonesia S8 mendapatkan kemenangan bersih terhadap veteran Filipina, Nexplay EVOS.

Pertama kali di pentas global tidak memberi tekanan buat Rebellion Genflix menentang pasukan-pasukan besar yang lain. Mereka buktikan bahawa mereka layak memberi saingan dan diwaspadai.

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Performa yang ditunjukkan oleh Rebellion Genflix sangat luar biasa. Walaupun mereka merupakan pasukan baru di dalam kompetitif MLBB di Indonesia, mereka sangat kukuh. 

Walaupun mempunyai pengalaman yang sedikit di peringkat antarabangsa, RBG buktikan bahawa mereka bukan sebarang rookie. 

Sumber: ONE Esports

Rebellion Genflix terus dominasi perlawanan pertama

Pada perlawanan pertama, RBG terus menunjukkan kekebalan mereka kepada pasukan veteran Filipina, Nexplay EVOS. Pemilihan Rafaela yang memegang posisi roamer memberikan kelebihan buat RBG. Mereka sememangnya memerlukan sokongan dari seorang Rafaela.

Nexplay EVOS mengejutkan arena MPLI 2021 apabila mereka memilih Gatotkaca (EXPlaner). Ini merupakan penggunaan hero yang jarang-jarang dipilih. Sementara itu, mereka memilih hero Chou untuk dimainkan sebagai roamer. 

Sumber: ONE Esports

Walaupun Gatotkaca dan Chou memberikan kekebalan yang tinggi tapi itu tidak menghalang RBG untuk memberikan performa yang luar biasa. Natan (Gold Laner) yang digunakan oleh B1rul dan sekali lagi hero Paquito (Jungler) yang diambil oleh Jiisaa berjaya memberi tekanan buat pasukan Nexplay EVOS. 

Tidak dapat dinafikan, Nexplay EVOS bukanlah lawan yang mudah. Mereka beberapa kali ingin mengejar kedudukan pasukan RBG tetapi sukar untuk berbuat demikian. RBG sudah pun mempunyai momentum yang mereka cari. 

RBG menamatkan perlawanan selepas berjaya mendapatkan Lord kedua pasukan Nexplay EVOS pada minit ke-17. 

Sumber: ONE Esports

Rebellion Genflix tidak mahu terlepas dari mendapatkan kemenangan bersih 

Di perlawanan kedua, seperti apa yang terjadi kepada pasukan Smart Omega yang tewas di tangan ONIC PH, Nexplay EVOS memberikan tekanan kepada RBG. Mereka comeback di perlawanan kedua dengan baik. 

Sumber: ONE Esports

Nexplay EVOS berjaya untuk mendapatkan Lord kepunyaan pasukan RBG dan menyingkirkan 4 pemain dari pasukan mereka dengan cemerlang. 

Namun, RBG comeback semula dengan performa yang luar biasa di minit ke-14. Itu merupakan detik di mana kemenangan mutlak akan diambil lagi oleh pasukan rookie Indonesia, RBG. 

Sumber: ONE Esports

Good Game Well Played buat pasukan Filipina, Nexplay EVOS. Walaupun tewas di tangan rookie Indonesia, RBG, Nexplay EVOS telah pun memberikan performa yang terbaik.

Rookie Indonesia, Rebellion Genflix akan bertemu dengan pasukan terkuat Indonesia, Alter Ego di bracket EVOS SG pada hari ini, 4 November pada pukul 15:35 GMT+8.

Pemenang bagi perlawanan di antara Rebellion Genflix dan Alter Ego akan bertemu dengan juara MPL SG, EVOS SG di quarterfinal pada 5 November, 15:35 GMT+8.

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya