MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: ‘Hero Yin Sun-shin kuat bukan sebab saya’ — Celiboy

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan terkuat Indonesia, Alter Ego berjaya melayakkan diri ke semi final menentang juara MPL ID S8, ONIC Esports pada 7 November ini. 

Bercakap tentang Alter Ego, pasukan ini memulakan perjalanan MPLI 2021 mereka di bracket pasukan EVOS SG di mana mereka bertemu dahulu dengan pasukan Malaysia, Orange Esports. Kemudian, Rebellion Genflix.

Sumber: ONE Esports

Alter Ego mendapatkan kemenangan dengan mudah menentang kedua-dua pasukan itu. Juga, pasukan EVOS SG. Tidak dapat disangkal lagi kehebatan pasukan Alter Ego.

Kedudukan mereka di bracket permulaan tidak membuat momentum mereka sedikit pun turun. Pasukan terkuat Indonesia ini terus menerus memberikan persaingan yang luar biasa sepanjang group stage dimainkan. 

Sumber: ONE Esports

Jungler pasukan Alter Ego iaitu Celiboy atau lebih dikenali sebagai Miracle Boy banyak kali memilih hero marksman iaitu Yin Sun-Shin untuk dimainkan.

Kebanyakan pemain jungler pasukan lain, mereka lebih memilih Ling, Hayabusa dan Lancelot untuk dimainkan. Tetapi ianya sama sekali berbeza dengan Celiboy. 

Sumber: ONE Esports

Dalam temu bual bersama ONE Esports selepas Alter Ego mendapatkan kemenangan menentang pasukan EVOS SG, pihak penemu bual ada bertanyakan kepada Celiboy, 

Soalan: Dengan Yin Sun-shin menjadi sangat kuat sehingga kena respect ban dikenakan sebanyak dua kali pada hari ini, menurut kamu, adakah Yin Sun-shin kamu memang seharusnya di ban sebanyak dua kali atau bagaimana? 

Celiboy: Sepertinya, hero itu saja memang sudah tersedia kuat cuma pasukan lain masih belum menyedari perkara itu. Memang hero itu sekuat itu. 

Celiboy juga mengatakan bahawa beliau bukan penyebab hero Yin Sun-Shin itu kuat kerana hero itu memang sudah tersedia kuatnya. 

Di semi final nanti, penentuan pasukan lawan Alter Ego adalah berdasarkan keputusan perlawanan di antara ONIC Esports dan RSG PH. Celiboy yakin bahawa pasukan beliau akan berjumpa dengan ONIC Esports.

Sumber: ONE Esports

Selepas perlawanan di antara ONIC Esports dan RSG PH pada pukul 20:35 GMT+8 tadi, ONIC Esports telah pun mendapatkan kemenangan ke atas RSG PH dengan 2-1. 

Alter Ego akan bertemu dengan juara MPL ID S8, ONIC Esports pada 7 November ini di peringkat semi final. 

Pasukan manakah yang bakal mara ke peringkat akhir untuk berjumpa dengan pemenang perlawanan di antara Blacklist International dan Bigetron Alpha?

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya