MEMUAT

Taip untuk mencari

Top 3 pendapatan Gamers dari Malaysia

Kongsi
Top 3 pendapatan Gamers dari Malaysia

Tahukah anda semua bahawa populasi gamers yang berasal dari Asia tenggara adalah 80% menurut consumer insight dan data yang diperolehi dari Newzoo Pro. Asia tenggara juga secara puratanya telah memperolehi sebanyak 4.4 billion USD pada 2019 dan sebahagian besar 70% daripada mobile gaming.

Tidak hairan lah generasi anak muda sekarang kerap bermain game. Mereka yang ingin menjadi pemain yang berkebolehan dengan melakukan latihan untuk mencapai tahap tahap tertentu dan semestinya untuk membuahkan hasil daripada segi pendapatan hidup.

Disini kami ada sertakan tiga orang pemain yang berasal daripada Malaysia dan telah memperolehi pendapatan yang agak tinggi menurut carta di esportearnings.

Yang Pertama xNova

Yap JianWei atau dikenali sebagai xNova menyertai liga profesional pada tahun 2013 dan menjadi stand-in untuk pelbagai pasukan dari Asia Tenggara. Beliau juga pernah bermain untuk pasukan Mineski-X di kejohanan The Manila Major 2016 dan bermain untuk Warrior Gaming Unity di ROG MASTERS pada 2017.

Kegemilangan xNova ketika beliau bersama pasukan LGD.Gaming dia juga meraih perak di StarLadder i-League Invitational musim 4 dan Dota 2 Asia Championship pada tahun 2018. Kini xNova juga salah satu permain yang mendapat bayaran tertinggi dengan jumlah wang yang diperolehinya daripada 113 kejohanan sebanyak 1,916,751 USD,

Yang Kedua MidOne

Siapa yang tidak mengenali MidOne pemain pertama yang mendapatkan 9 ribu MMR di dalam carta Asia sebagai pemain solo. Prestasi yang ditunjukkan oleh MidOne sangat konsisten sepanjang beliau bermain Dota 2. MidOne juga merupakan pelajar daripada salah satu universiti di Melaka dan beliau juga telah mendapat 400,000 USD pada tahun pertama kerjayanya sebagai pemain Dota2.

MidOne yang sebelum ini bermain bagi pasukan Secret sebagai Mid Laner pasukan itu telah menunjukkan permainan yang cukup menarik. Sesiapa sahaja melihat aksi permainan dan cara kawalan beliau bermain di midlane itu pasti gerun dengan skill beliau. Sepanjang kariernya, MidOne telah meraih sebanyak 1,804,677 USD dari 107 kejohanan yang telah dimasukinya.

Yang Ketiga NothingToSay

Cheng Jin Xiang aka NothingToSay merupakan pemain yang baru berjinak dalam scene profesional pada tahun 2018, beliau telah bermain untuk 4 pasukan sebelum berpindah kepasukan gergasi China iaitu PSG.LGD. 

Sekarang NothingToSay terkenal diseluruh dunia dengan pencapaiannya bersama pasukan PSG.LGD itu selepas mendapat tempat pertama di China Dota2 Pro Cup musim pertama dan tempat kedua di The International 2021. Beliau telah memperolehi sebanyak 1,189,551 sepanjang kariernya di dalam 68 kejohanan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *