MEMUAT

Taip untuk mencari

Chuan jurulatih rasmi OB ESPORT X NEON

Kongsi
Chuan jurulatih rasmi OB ESPORT X NEON

Organisasi Filipina OB Esports x Neon telah merekrut dua pemain Indonesia yang berwajah baru dan seorang bekas legenda untuk melengkapkan senarai pasukannya bagi musim Dota Pro Circuit yang akan datang.

Tri Daya “Mamang Daya” Pamungkas dan Yukatheo “you_K” Glen masing-masing akan mengisi kekosongan mid laner dan hard support dalam pasukan itu. Pemain legenda Malaysia Wong “ChuaN” Hock Chuan, setakat ini satu-satunya pemain Asia Tenggara yang pernah memenangi kejohanan The International, beliau akan memegang jawatan ketua jurulatih buat pertama kalinya selepas beraksi dengan cemerlang dalam DotA dan Dota 2.

Credit : GohBiscuit

Mamang Daya dan you_K mendapat perhatian daripada organisasi Filipina itu semasa mereka bermain bagi pasukan Army Geniuses, kumpulan Indonesia yang bersaing di bahagian bawah Liga Serantau Asia Tenggara DPC 2021.

ChuaN yang terkenal dengan pengalamannya bersama Invictus Gaming yang telah menghasilkan kemenangan di TI2 dan kali terakhir bermain pada 2018 dalam yang tempoh singkat di Echo International. OB Neon berharap pengalaman kejuaraan ChuaN dapat membawa pasukan muda itu ke peringkat seterusnya.

Pasukan OB Neon pernah bermain di kejohanan ONE Esport Singapore Major pada musim lalu, permainan yang ditunjukkan oleh pasukan itu sangat menghiburkan penonton dengan gaya permainan yang pantas dan agresif dan menamatkan larian di tempat ke 6 teratas.

Walau bagaimanapun, pasukan itu gagal untuk berada di tangga 5 teratas pada musim divisyen kedua di DPC 2021 SEA Regional League. Kekalahan itu membuatkan mereka gagal untuk melayakkan diri ke TI10.

Credit : spin.ph esport

Semenjak itu OB Esports telah merombak sepenuhnya senarai pemain yang akan bermain pada musim DPC yang akan datang.

  1. Jinn Marrey “Palos” Lamatao
  2. Mamang Daya
  3. Michael Roi “Enryu” Ladines
  4. Ravdan “Hustla” Narmandakh
  5. You_K

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *