MEMUAT

Taip untuk mencari

ChYuan dan Deth dilepaskan daripada barisan Fnatic

Kongsi
ChYuan dan Deth dilepaskan daripada barisan Fnatic

Pasukan Dota2 Fnatic kini hanya mempunyai 3 orang pemain sahaja selepas mereka secara sahnya melepaskan ChYuan dan Deth kelmarin.

Kini Fnatic hanya mempunyai DJ, Jabz dan Raven yang akan kekal sepanjang musim DPC, dan telah membawa pasukan itu ke top 9 di ONE Esport Singapore Major.

Sebelum ini Fnatic yang kurang beraksi di kejohanan sebelum ini, telah menukarkan Natthapohon Ouanphakdee “Masaros” untuk ChYuan semasa musim kedua, tetapi pasukan itu masih tidak dapat menunjukkan taringnya. 

Semasa ChYuan bersama Fnatic, pasukan itu menduduki tempat ke 4 dan terlepas peluang untuk memasuki kejohanan WePlay AniMajor, justeru pasukan itu perlu bermain dalam kelayakan Asia Tenggara untuk mendapatkan slot di The International 10.

Sebelum kelayakkan TI10, Fnatic memasukkan Deth kedalam barisan pasukan menggantikan Moon, dengan kemasukkan Deth pasukan itu ada peningkatan yang baik. Fnatic menyapu kesemua pasukan semasa di kualifikasi, menewaskan pasukan-pasukan lawan yang memberi saingan sebelumnya seperti Neon Esport dan TNC Predator.

Tetapi akhirnya Fnatic ditewaskan semasa peringkat kumpulan oleh pasukan juara antarabangsa Team Spirit pada pusingan kedua.

Fnatic akan membuka peluang kepada pemain baru menjelang musim DPC yang berikutnya. Kedua-dua kontrak ChYuan dan Deth berakhir selepas tamatnya TI10. Fnatic yang ingin mengisi barisan pemain dengan pemain yang boleh mengikuti arahan pasukan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya