MEMUAT

Taip untuk mencari

Secret Zai ke pasukan Liquid?

Kongsi
Secret Zai ke pasukan Liquid?

Pasukan Liquid Dota2 telah mengumumkan roster baharu mereka Ludwig “zai” Wåhlberg, Zai merupakan pemain daripada Swedish itu telah bersama pasukan Secret selama 3 tahun lamanya.

Zai telah menjadi salah satu offlaner paling konsisten di Eropah Barat, dan merupakan pemain paling konsisten dalam pasukan Secret. Syarikat Asia Tenggara itu mempunyai prestasi yang baik semasa Zai berada di dalam pasukan itu, terutamanya sinergi antara Zai dan kedua support beliau iaitu Puppey dan YapzOr.

Sepanjang 2019 hingga 2020, Team Secret dianggap sebagai pasukan paling dominan, dan Zai memainkan peranan besar dalam pelbagai gelaran yang mereka menangi tahun lepas. Mereka memenangi kejohanan Chongqing dan Kuala Lumpur Majors dengan cara yang dominan. Menjelang akhir 2019, mereka ibarat tidak terkalahan. Pakar berpendapat bahawa, jika bukan kerana The International 10 yang dilangkau pada tahun 2020 kerana pandemik COVID-19 mesti pasukan itu mampu untuk mendominasi TI10.

Dalam catatan Team Secret, mereka mengumumkan pemergian Zai, Kapten Puppey menggambarkan perasaannya tentang rakan lama yang pergi meninggalkan pasukan.

“Ia adalah saat yang menyedihkan, tetapi saya harus menerima bahawa semua perkara yang baik akan berakhir,” kata Puppey. “Saya tidak mempunyai apa-apa selain sayang kepada lelaki ini. Dia bukan sahaja rakan sepasukan yang hebat dan gigih, dia juga seorang kawan yang hebat. ”

Zai memulakan perjalanan baharunya bersama pasukan Liquid yang merupakan pasukan yang berbakat di Eropah. Zai akan bersama MiCKe dan Taiga yang akan menjadi tumpuan di musim DOTA Pro Circuit yang akan datang. Walau bagaimanapun, khabar angin mengatakan bawah Sumail mungkin akan menyertai mereka dalam masa terdekat.

Zai berkongsi kata-kata perpisahan terakhir sebelum meninggalkan rumahnya yang telah beliau duduki selama tiga tahun.

Sumber : FB Team Secret

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *