MEMUAT

Taip untuk mencari

T1 memberi jangkaan yang lebih di pentas dunia TI10

atq_hyprgame
Kongsi

T1 yang merupakan organisasi e-sukan dari Korea memberikan prestasi dan ekspetasi yang luar biasa di pentas dunia, The International 10. 

Pemain-pemain bagi pasukan itu merupakan pemain yang berasal dari Asia Tenggara iaitu dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Whitemon dan Xepher adalah pemain pertama Indonesia yang berjaya berentap bersama pasukan-pasukan hebat yang lain di The International. 

T1 berjaya mengunci slot upper bracket setelah berjaya menewaskan Virtus.pro, Team Aster, Alliance, Team Undying, dan Thunder Predator di group stage.

Bukan sahaja memiliki konsistensi dan menjadi antara pesaing yang kuat di TI10, pasukan itu juga mempunyai beberapa pemain yang baru melakukan debut di pentas dunia, The International. 

Sumber: T1

Secara jujurnya, bukan mudah untuk seseorang bermain di pentas dunia tanpa pengalaman. Namun, T1 membuktikan bahawa pemain mereka mampu memberi performa yang berkualiti. 

Pemain Filipina, Karl “Karl” Baldonivo merupakan pemain yang banyak diberi ‘highlights’ ketika di group stage.

Tidak lupa juga kepada pemain yang memegang posisi ‘support’ iaitu Kenny “Xepher” Deo dan Matthew “Whitemon” Filemon yang juga menunjukkan taring mereka ketika di group stage. Nuengnara “23savage” Teeramahanon juga tidak kurang hebat. 

Carlo “Kuku” Palad telah pun mengikuti 4 kejohanan The International termasuk TI10. Jadi, berada di bawah kepimpinan beliau sedikit sebanyak memberi peluang yang cerah untuk T1 melangkah di Main Event TI10. 

Sumber: Hyprgame

Pada 13 Oktober ini, T1 akan berjumpa dengan pasukan yang diramalkan menjadi pasukan kegemaran TI10 untuk merebut gelaran juara iaitu PSG.LGD.

NothingToSay juga merupakan salah satu pemain bagi pasukan PSG.LGD yang berasal dari Malaysia. 

Dapatkah pasukan T1 mengangkat Aegis of the Immortal Dota 2? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *