MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Secret berjaya memecahkan sumpahan TI10

Kongsi
Team Secret berjaya memecahkan sumpahan TI10

Team Secret akhirnya berjaya mematahkan sumpahan mereka. Mereka dijamin sekurang-kurangnya mendapat tempat ketiga di The International 10 dengan kemenangan 2-0 yang dominan menentang Invictus Gaming hari ini.

Menjelang siri Dota 2 ini, Secret melonjak tinggi setelah menyapu juara bertahan dua kali OG — dan mereka tidak membiarkan momentum itu merosot

Puppey merupakan drafter bagi pasukan Secret, beliau melepaskan hero-hero favorite pemain iG. Secret yang tidak takut dengan drafter iG memang bercadang untuk menghancurkan mereka ketika iG menggunakan hero favorite mereka.

Pasukan Invictus Gaming telah dikalahkan pada minit 30, selepas pasukan Secret mendominasi permainan dan memaksa mereka untuk menyerah kalah.

Di permainan kedua, pasukan iG bangkit cuba untuk mendominasi permainan itu. Tetapi dengan kemampuan pasukan Secret mereka dapat menangani kekacauan yang dibuat oleh pasukan Invictus Gaming, dan menghabiskan permainan dalam tempoh 20 minit.

Pasukan iG jatuh ke bahagian bawah dan akan bertembung dengan pemenang T1 dan Vici Gaming pada 16 Oktober.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya