MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah DaddyHood akan bersara tak lama lagi?

Kongsi

Pengasas Team Bosskurr dan juga HomeBois iaitu Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai DaddyHood baru sahaja melancarkan akademi untuk pasukan PUBG Mobile baru-baru ini. 

Semalam tular satu klip video yang menyatakan bahawa beliau bakal bersara tidak lama lagi. Perkara itu diumumkan oleh Daddy menerusi penstriman langsung di laman faceboook miliknya.

Sumber: Pencil Robot

“Saya akan bersara tak lama lagi, jadi saya nak susun dulu struktur ni betul-betul dan saya pun gembira untuk bersara. Saya cuma nak duduk di belakang tabir sahaja“ — DaddyHood

Mungkin berita ini akan membuatkan peminat-peminat e-sukan tanah air merasa seperti kehilangan seorang ayah. Daddyhood juga cukup dikenali sebagai seorang yang tegas dalam kepimpinanya sewaktu bekerja.

Namun sebaliknya terjadi apabila beliau mengeluarkan satu kenyataan yang baru di dalam penstriman langsung beliau tengah hari tadi.

Sumber: Pencil Robot

“Saya sebenarnya bersara daripada bermain sebarang kompetitif“ — DaddyHood

Nampaknya ramai peminat dan juga penggiat e-sukan tanah air telah di ‘scam‘ oleh daddyhood.

Semoga DaddyHood terus mencungkil bakat-bakat anak muda dalam bidang e-sukan dan berjaya melahirkan pemain yang berkualiti dan berbakat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya