MEMUAT

Taip untuk mencari

YSX Esport & Team SMG tidak akan berundur dari Paradise Resort

atq_hyprgame
Kongsi

Team SMG dan juga YSX Esport masing-masing nampaknya tidak akan mengalah untuk merebut Paradise Resort di bumi sanhok.

Team SMG yang dibarisi oleh 5 orang pemain iaitu Bard, Trixnity, Jenny, Six dan juga imZiso. Manakala pasukan YSX Esport pula dibarisi oleh Poreng, Whyri, Dollah, RememberMe, ChikGaming dan juga YanaSamsudin selaku pemain keenam buat pasukan itu.

Pihak Hyprgamemy telah menghubungi kedua-dua jurulatih dan juga pengurus bagi pasukan YSX Esport pada petang tadi bagi menanyakan tentang pergaduhan yang sering terjadi di antara dua pasukan ini.

Menurut kenyataan dari pengurus pasukan YSX Esport iaitu YSX Ecah, setelah perbincangan terbaru yang dibuat bersama-sama jurulatih mereka iaitu DanPablo, mereka telah memutuskan untuk mengekalkan kedudukkan mereka di Paradise Resort.

DanPablo juga merupakan pemain professional PUBG PC yang pernah bersama-sama satu pasukan dengan arwah “Hahagus” dan juga Papaza dari pasukan RedSea untuk PUBG PC.

Namun begitu, kenyataan dari jurulatih Team SMG juga turut sama, mereka akan lawan sehabis mungkin dan tidak takut akan sebarang ancaman dari pihak lawan.

Pada 14 Ogos yang lalu, laman rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia telah memuat naik keputusan “Group Draw” bagi kesemua pasukan PUBG Mobile Pro League MY/SG Season 4 yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini.

Pasukan YSX Esports akan berada di Kumpulan B bersama-sama dengan Wulf Arov, Team Secret dan Farang Lejund.

Manakala, bagi pasukan Team SMG, mereka akan berada bersama-sama dengan Geek Fam, Yoodo Alliance dan VXM Fanx di Kumpulan E.

Seperti yang dikatakan oleh Team SMG dan YSX Esports, mereka lebih memilih untuk mengekalkan kedudukan masing-masing di Paradise Resort. Perlawanan di antara dua pasukan ini sememangnya akan menjadi satu perlawanan yang menarik untuk dilihat.

Adakah kedua-dua pasukan ini akan membuat “early fight” di arena PUBG Mobile Pro League MY/SG Season 4 nanti? Atau kedua-dua pasukan akan bermain dengan lebih pasif di awal permainan?

Sama-sama kita saksikan PUBG Mobile Pro League MY/SG Season 4 yang akan bersiaran langsung di Facebook rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia pada 24 Ogos ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *