MEMUAT

Taip untuk mencari

Formasi baru, Belletron ACE juara UniPin SEACA 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Belletron ACE merupakan barisan pemain wanita Indonesia, Belletron Esports yang bernaung di bawah organisasi e-sukan, Bigetron Red Aliens (BTR) 

Sumber: Belletron Esports

Baru-baru ini, Belletron Esports mengumumkan kemasukan dua pemain baru yang bakal melengkapi roster Belletron ACE iaitu Mute dan Jessi. Pasukan ini telah memulakan penampilan mereka bersama di UniPin SEACA 2021 bagi Ladies Qualifier

Sememangnya perubahan roster dan penambahan 2 ahli baru, Jessie dan Mute dapat melengkapi Belletron ACE apabila pasukan itu berjaya menjadi Juara UniPin SEACA 2021

Prestasi mereka di UniPin SEACA 2021 sangat konsisten. Momentum yang dibina oleh mereka dari awal sehingga akhir pertandingan merupakan satu permulaan yang baik buat roster baru ini. 

Berikut merupakan kedudukan keseluruhan UniPin SEACA 2021 bagi Ladies Qualifier

Sumber: UniPin SEACA

Kebanyakan pengikut, penyokong dan peminat Belletron ACE khususnya di Indonesia mengatakan bahawa meta kembar yang dipegang oleh MUTE dan Babyla sememangnya menjadi. 

Perlawanan yang ditunjukkan oleh Belletron ACE di UniPin SEACA 2021 bagi Ladies Qualifier sangat berkualiti di mana mereka meninggalkan 10 jurang mata kepada pasukan lawan iaitu ALTEREGO DIONE. 

Tahniah buat pasukan Belletron ACE di atas kejuaraan yang diperolehi di UniPin SEACA 2021!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *