MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Semalam telah berlangsungnya hari pertama XOX Unity League 2021 Grand Finals yang dibawa khas oleh XOX Malaysia. 

Pertandingan ini telah menapis 16 pasukan terbaik di Kumpulan A dan Kumpulan B bagi mencari pasukan manakah yang akan menjadi juara sekali gus membawa pulang RM 40,000. 

Hari pertama XOX Unity League 2021 Grand Finals telah bermula pada 22 Ogos iaitu semalam di mana 16 pasukan terbaik telah menunjukkan kehebatan dan kekuatan mereka di hari pertama pertandingan ini berlangsung. 

Pembukaan tirai XOX Unity League 2021 Grand Finals dimulakan dengan prestasi terbaik dari pasukan Jabberwocky di mana pasukan ini mendapat 2 Chicken Dinner berturut-turut. Sekali gus, pasukan ini berjaya mendahului di tempat pertama di dalam carta. 

Tetapi, di pertengahan permainan iaitu di match yang ketiga, keempat dan kelima, dapat dilihat bahawa pasukan-pasukan lain juga sedang membina momentum mereka untuk merebut gelaran juara. 

Pasukan yang sememangnya memberi ancaman kepada pasukan-pasukan yang lain adalah Team SMG dan SEM9.GANK. Dua pasukan ini sangat menyerlah di hari yang pertama. 

Tidak dapat dinafikan bahawa Team SMG merupakan pasukan yang paling konsisten.

Team SMG bukan sahaja berjaya mendahui carta, tetapi pasukan ini juga konsisten di kesemua 5 match yang dipertandingkan. 

Team SMG berjaya membawa pulang Chicken Dinner mereka yang pertama di map Erangel. Kemenangan itu merupakan kemenangan yang berharga bagi Team SMG kerana dengan berbekalkan 1 Chicken Dinner, pasukan itu berjaya mendominasi kedudukan pertama di hari yang pertama semalam. 

Sumber: XOX Unity League

Tidak lupa juga buat pasukan kegemaran ramai iaitu SEM9.GANK. Semestinya semalam komen-komen di Facebook rasmi XOX Unity League dibanjiri dengan penyokong serta peminat pasukan SEM9.GANK

Pasukan ini juga berjaya mendominasi carta di tempat yang kedua di kedudukan keseluruhan. Perbezaan 4 mata dengan Team SMG, sememangnya satu pembukaan hari yang baik buat pasukan SEM9.GANK

Pada awal permainan, SEM9.GANK tidak menunjukkan permainan yang baik di mana mereka sedikit awal dikeluarkan ketika match pertama dan kedua.

Tetapi, SEM9.GANK, seperti yang sedia maklum, merupakan pasukan yang sentiasa inginkan yang terbaik dalam setiap pertandingan. Kualiti yang ditunjukkan oleh pasukan ini boleh dipuji. 

Disebabkan oleh semangat mereka, pasukan ini berjaya mengekalkan ketekalan (consistency) mereka di 3 match yang terakhir. Di 3 match yang terakhir, pasukan ini berjaya mendapatkan 1 Chicken Dinner di map Sanhok

Sumber: XOX Unity League

Ini merupakan satu momentum yang baik buat Team SMG dan SEM9.GANK.

Momentum yang ditunjukkan oleh mereka di XOX Unity League 2021 Grand Finals dapat memberikan semangat dan aura baru di PUBG Mobile Pro League MY/SG Season 4 yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini. 

Sememangnya dua pasukan PMPL MY/SG S4 ini memberi cabaran buat pasukan-pasukan yang lain di XOX Unity League 2021 Grand Finals apabila mereka berjaya memberi jurang mata yang besar.

Dapatkah Team SMG dan SEM9.GANK kekalkan ketekalan mereka di hari kedua XOX Unity League 2021 Grand Finals? 

Sama-sama kita saksikan XOX Unity League 2021 Grand Finals di laman rasmi Facebook milik XOX Unity League untuk mengetahui siapakah yang bakal menjadi juara. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *