MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi
Sumber: XOX Unity League

21 Ogos & 22 Ogos semalam telah berlangsungnya kejohanan XOX Unity League 2021 Grand Finals yang dibawa khas oleh XOX Malaysia.

XOX Unity League 2021 Grand Finals membawa 16 pasukan di satu arena untuk menentukan siapa yang akan membawa pulang gelaran juara bersama-sama dengan wang tunai sebanyak RM 40,000. 

Di dalam arena tersebut, terdapat 3 pasukan yang memberi jurang markah serta kualiti permainan kepada pasukan-pasukan yang lain. Mereka adalah Team SMG, JabberWocky dan SEM9.GANK

Berikut merupakan kedudukan keseluruhan bagi XOX Unity League 2021 Grand Finals:

Sumber: XOX Unity League

Tahniah buat Team SMG yang berjaya menjadi juara di Grand Finals XOX Unity League 2021. Kejohanan ini menawarkan wang terkumpul sebanyak RM100,000 ringgit. 

Sumber: Team SMG

Setelah dua hari kesemua pasukan bertanding bagi merebut gelaran juara, akhirnya XOX Unity League 2021 melabuhkan tirainya pada hari ini. Pasukan SMG berjaya membawa pulang wang tunai yang bernilai RM40,000 ringgit setelah mereka muncul juara sebentar saja tadi. 

Permainan yang cukup konsisten ditunjukkan oleh Team SMG sepanjang kejohanan ini berlangsung. Momentum yang dibawa oleh pasukan ini jelas akan dipergunakan sebaik mungkin di PMPL MY/SG S4 nanti.

Manakala pasukan ‘underdog‘ yang dikenali sebagai JabberWocky berjaya meraih tempat ke-2 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000. Pasukan itu dibarisi oleh 5 orang pemain yang dikenali sebagai JWMar, JWRush, JWEreNN, JWItsKido dan juga JWWhyQT

Pasukan ini juga pernah menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Hyprleague pada awal bulan Jun tempoh hari. Mereka sekadar berpuas hati menduduki tangga ke 14 dengan pungutan mata sebanyak 58.  

JabberWocky merupakan satu-satu kumpulan yang mendapat 3 Chicken Dinner sepanjang dua hari pertandingan dilangsungkan. Mereka juga mendapatkan mata singkir yang tertinggi ketika di map Miramar iaitu 15 penyingkiran. 

Kualiti permainan pasukan JabberWocky sememangnya menjadi satu benchmark buat pasukan-pasukan yang lain di arena itu. Mereka tidak lagi mempunyai rekod bertanding di liga professional seperti PUBG Mobile Pro League, tetapi tentunya gameplay dan “cabaran baru” yang diberikan oleh pasukan ini dapat membawa mereka ke arena yang lebih besar. 

Team SMG dan JabberWocky merupakan satu-satunya pasukan yang dapat memungut lebih dari 100 mata.

Bagi pasukan SEM9.GANK, mereka juga tidak kurang hebatnya. Mereka berjaya menduduki tempat ke-3 di dalam ranking dan mengumpul sebanyak 94 mata. Pasukan ini berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000

Sumber: SEM9 GANK

Walaupun mereka telah kehilangan coach “Hahagus” baru-baru ini, itu tidak mematahkan semangat pasukan itu untuk mempersembahkan aksi dan corak permainan yang baik.

Ini pastinya merupakan semangat baru bagi pasukan SEM9.GANK untuk memulakan aksi mereka di pentas PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 pada esok hari, 24 Ogos!

Tahniah buat 3 pasukan teratas yang berjaya menakluki arena XOX Unity League 2021 Grand Finals.

Semua pasukan sememangnya menunjukkan permainan yang berkualiti sepanjang 2 hari pertandingan ini berlangsung!

Sumber: XOX Unity League

Untuk melihat ulangan siaran langsung tersebut, boleh lama rasmi Facebook dan Youtube XOX Unity League!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya