MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Rasmi! 4 slot PMGC akan diberikan kepada pasukan yang mendapatkan kedudukan teratas di PUBG Mobile Pro League SEA Championship S4

Di hari pembukaan PUBG Mobile Pro League SEA Championship S4, pihak penganjur telah pun mengumumkan bahawa akan ada 4 slot untuk ke PMGC S1 menerusi SEA Championship S4. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan Asia Tenggara yang telah mendapatkan slot ke PMGC S1 adalah Team Secret (Malaysia), GD GIDS (Indonesia), D’Xavier (Vietnam) dan The Infinity (Thailand).

Pasukan-pasukan ini telah pun mendapatkan slot mereka melalui kumpulan mata di PMPL Liga & Grand Finals S3 dan S4. 

PUBG Mobile Pro League SEA Championship S4 telah pun membuka arena mereka pada hari semalam, 12 Oktober sehingga 7 November ini. 

12 Oktober sehingga 31 Oktober akan berlangsung bagi peringkat liga. Manakala, 5 November sehingga 7 November akan berlangsungnya peringkat akhir PMPL SEA S4. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Kumpulan hadiah bagi PUBG Mobile Pro League SEA Championship S4 adalah sebanyak $200,000 USD (kira-kira RM 830,000) secara keseluruhan. 

Pasukan mana yang akan merebut 4 slot ke PMGC S1 melalui SEA Championship S4?

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Siaran langsung PMPL SEA S4 League boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *