MEMUAT

Taip untuk mencari

Facebook Gaming rekod tontonan tertinggi pada bulan Julai

atq_hyprgame
Kongsi

Facebook Gaming mendapati bahawa platform mereka telah mencapai perkembangan sebanyak 53% serta jumlah tontonan melebihi 500 juta jam. 

Pencapaian yang ditunjukkan oleh Facebook Gaming merupakan rekod terbaru platform itu. Kenaikkan sebanyak 53% merupakan peratusan yang besar buat platform itu untuk tahun ke tahun. 

Stream Elements ada memuat naik satu analisis kenaikan platform Facebook Gaming dari bulan Januari sehingga Julai. Kenaikan tontonan jam platform itu meningkat dari April sehingga Julai. 

Facebook Gaming semestinya menunjukkan prestasi statistik yang baik. Dengan ada nya content creator dan streamer yang baru di platform Facebook, ia dapat meningkatkan lagi tontonan strim. 

Walau bagaimanapun, Twitch yang juga merupakan pesaing Facebook masih kekal dengan jumlah tontonan sebanyak lebih dari 2 bilion jam pada bulan Januari, Mac, April dan Mei.

Tetapi, jumlah tontonan jam di Twitch menurun sebanyak 23% di bulan Jun dan Julai. 

Terdapat pelbagai platform penstriman e-sukan yang boleh dipilih untuk para streamer.

Pesaing-pesaing yang wujud dalam industri ini bukan sahaja dapat mengekalkan pesaingan secara sihat, tetapi juga dapat melahirkan lebih ramai streamer baru. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *