MEMUAT

Taip untuk mencari

CARA NAK BERJAYA DALAM BIDANG E-SUKAN DARI SOLOZ

Kongsi
CARA NAK BERJAYA DALAM BIDANG E-SUKAN DARI SOLOZ

Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, merupakan ikon e-sukan Malaysia dan juga seorang streamer yang berjaya di dalam Malaysia. Beliau juga adalah pemegang rekod Malaysia Book of Records 2020 setelah meraih lebih 100,000 penonton di Facebook Gaming beliau.

Baru-baru ini Soloz dan juga beberapa orang lagi telah memberi sumbangan kepada Persatuan E-Sport Negeri Sembilan sebanyak RM 30,000 bagi membantu dan membangunkan anak-anak muda di negeri itu. 

Soloz juga mengatakan untuk berjaya dalam bidang e-sukan, kita harus mengutamakan apa yang penting dahulu sebelum memberi fokus sepenuhnya dalam bidang ini. Bagi anak-anak muda diluar sana, utamakan pelajaran dahulu dapatkan sijil untuk dibanggakan ibu dan ayah.

Berada didalam bidang e-sukan ini bukan sekadar bermain permainan video, ia juga menjadi satu pekerjaan bagi mereka. Konsisten dengan apa yang dilakukan, keserasian antara sesama pasukan sebelum melanjutkan langkah yang berikutnya seperti mengambil jurulatih, sponsor dan lain-lain. Latihan fizikal juga sangat penting untuk memastikan kesihatan diri dan mempunyai stamina yang cukup.

Soloz juga berpesan kepada anak muda diluar sana, untuk melakukan apa-apa haruslah mempunyai restu daripada kedua ibu bapa. Dan jangan tersalah langkah hingga menjerumuskan diri untuk aktiviti yang tidak sihat seperti bermain permainan video tanpa henti dan lain-lain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya