MEMUAT

Taip untuk mencari

PAJO menjelaskan isu sebenar langgar dropspot di T1.

Kongsi
PAJO menjelaskan isu sebenar langgar dropspot di T1.

Isu berkenaan Pajo yang merupakan content creator bagi Pubg Mobile yang telah melanggar drop spot pemain-pemain profesional baru-baru ini hangat diperkatakan oleh netizen dalam komuniti kita. Perkara itu telah menjadi bualan netizen selepas melihat reaksi pemain-pemain profesional itu seakan geram dengan tindakan Pajo dan rakan-rakannya.

Bermain di scrim tier 1 bukanlah calang-calang orangnya, pasukan-pasukan yang ingin berlatih dengan latihan yang keras serta bermain secara taktikal dan itu membuat scrim tier 1 ini dipandang tinggi. Bagi yang tidak tahu pasukan-pasukan yang bermain di scrim tier 1 ini mempunyai drop spot mereka tersendiri, sebab itulah timbulnya isu apabila ada pihak lain yang cuba untuk mencari kill poin dengan melakukan kontes terhadap drop spot mereka.

Berbalik kepada topik asal, berkenaan Pajo dan rakannya telah melakukan kontes terhadap 4 pemain profesional Kuza, Boyka, Pemburu dan Jumper bukanlah perkara yang disengajakan. Pajo yang tidak mengetahui apa-apa,beliau cuma mengikuti rakannya dan bersangka bahawa disitulah dropspot mereka selepas beliau tidak bermain di map yang ke 2 di Miramar itu.

Credit to : YT Pencil Robot

Reaksi daripada pemain-pemain profesional itu sangat terkejut apabila dropspot mereka dikontes dan mereka juga diratakan oleh Pajo dan rakannya. Kuza yang sedikit berang ketika itu mempersoalkan mengapa terdapat pasukan Pajo turun di tempat yang sama, dan beliau juga berpendapat bahawa Pajo ingin melakukan konten semata.

Manakala Pemburu juga memberi teguran terhadap Pajo dan rakannya bahawa bermain di scrim tier 1 untuk berlatih dan bukannya untuk merosakkan kualiti scrim berkenaan. Walaupun dropspot sejauh manapun, pasukan-pasukan yang turun, berusaha untuk pergi ke destinasi masing-masing bagi menjaga kualiti dan bermain secara adil.

Credit to : YT Farr Channel

Walau bagaimanapun, isu ini tidaklah harus berpanjangan, memandangkan ini cuma salah faham buat pasukan Pajo yang sebelum ini hanya bermain di scrim tier 2. Yakuza dan yang lainnya juga menegur netizen supaya tidak melaga-lagakan mereka bagi menjaga nama baik masing-masing..

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya