MEMUAT

Taip untuk mencari

Tahniah DaddyHood capai 1M followers di Facebook

Kongsi
Tahniah DaddyHood capai 1M followers di Facebook

Tahniah buat Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai DaddyHood yang telah mencapai sebanyak 1juta followers di Facebook Page beliau semalam. DaddyHood yang juga bermula daripada bawah dan didukung rapat oleh ahli keluarga dan sahabat handai beliau, hingga berjaya mendapatkan sesuatu dalam bidang penstriman ini.

Beliau telah memuat naik satu postingan di page rasminya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan dan membantu beliau untuk terus memajukan karrier nya di bidang penstriman dan juga e-sukan tanah air.

DaddyHood yang pada mulanya bermula daripada bermain Mobile Legends dengan membawa nama Team Bosskurr yang mempunyai sebanyak 7 pendiri. Kemudian beliau beralih ke permainan Gta-V dan dikenali sebagai Joe Rimau & DJ Sody, yang mendapat sambutan yang hangat ketika itu sekaligus menaikkan namanya di dalam komuniti sebagai seorang yang funny.

Bermula daripada 2018 dengan 4700 pengikut sahaja beliau dapat menjadi partner Facebook ketika itu, berkat usaha dan juga doa orang sekeliling beliau terus berusaha selama 2 tahun lebih hingga dapat mencapai angka 1 juta followers pada akhirnya,semalam.

Kami daripada pihak HyprGames mengucapkan tahniah kepada DaddyHood telah mencapai 1juta pengikut dan mengharapkan DaddyHood teruskan berkaria dalam bidang e-sukan tanah air ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam apa yang dilakukan. Tahniah sekali lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya