MEMUAT

Taip untuk mencari

Dominus taunting Bosskurr?

Kongsi
Dominus taunting Bosskurr?

Baru-baru tular adengan taunting yang dilakukan oleh salah seorang daripada pemain Geek Fam iaitu Nik Aqieff Nik Muhd Muhyyiddin atau dikenali sebagai “Dominus”. Perlawanan antara pasukan Geek Fam dan pasukan Bosskur di MPL baru-baru ini memberi saingan dan permainan yang hebat buat penonton.

Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan itu menunjukkan permainan yang sengit di minit awal, peluang yang diberikan kepada salah seorang pemain Bosskurr iaitu Sonic untuk melakukan farming dan mencuri tiga turret pasukan Geek fam di awal permainan, tetapi pasukan Geek Fam tidak menunggu mereka terus mengambil peluang itu untuk menjatuhkan Lord dan memenangkan di minit yang ke 15.

Di perlawanan yang kedua Geek Fam menunjukkan satu permainan dan rotasi yang cukup hebat mereka berjaya menumbangkan Lord sebanyak dua kali di permainan itu dan mengawal peta dengan sangat baik, tekanan yang diberikan terhadap pasukan Bosskurr membuatkan mereka sedikit kepayahan untuk melakukan counterback. Akhirnya Geekfam menamatkan permainan itu di minit ke 15.

Dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan Bosskur, Dominus melakukan taunting di hadapan kamera sambil memegang dua gambar pengasas pasukan Bosskurr iaitu Daddyhood dan Soloz. Ini hanyalah satu taunting yang biasa di dalam arena e-sukan di dunia , Daddyhood dan Soloz mengatakan mereka tidak terasa hati dan mengambil itu sebagai satu bahan jenaka sahaja .

Pasukan Bosskurr juga ada memuatnaik sebuah video ulang tayang berkenaan taunting itu dan sedikit memes sebagai konten di media sosial mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *