MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Razz, Pemain Baru EVOS Immortal

ai hyprgame
Kongsi
Razz, Pemain Baru EVOS Immortal

“New Journey”, itulah caption yang ditulis di Instagram @evos.razz, Razz yang memberikan tanda bahawa dia telah menyertai EVOS Immortal sebagai pemain baru bagi divisi Free Fire ini. 

EVOS Razz akan bergabung dengan pasukan EVOS Immortal sebagai Standing Plater dengan Role Support. 

Kredit : Instagram Razz Evos

Selepas beraksi dengan persembahan yang terbaik di acara League Division Qualifier FFML Season 6 Divisi 1 pada 26 Jun 2022 yang lalu, EVOS Immortal berjaya melayakkan diri mereka menjadi pasukan Top 3 pula. 

Walaubagaimanapun, kini EVOS Immortal telah revamp semula line-up terbaru mereka bagi meneruskan kejohanan yang seterusnya bagi divisi Free Fire ini.

May be an image of 1 person and text that says 'ME EVOS RAZZ as STANDIN PLAYER 남람 pIšา IEN TO TOP Coree WELCOME TO EVOS IMMORTAL AXIS posh'
Kredit : Facebook Evos Esports

Line Up yang berbeza oleh EVOS Immortal Free Fire ini akan menampilkan Abax (Rusher), Bion (Grenadier), Rasyah (Support), Arul (Rusher) dan pendatang baru bagi EVOS Immortal iaitu Razz sebagai Stand-In (Support).

Manakala pemain cadangan pula adalah Mannz (Grenadier) dan Jujun (Rusher).

Walaupun EVOS Immortal akan kehilangan salah seorang pemain mereka iaitu Zaack, mereka tidak gusar kerana Razz telah menyertai EVOS Immortal sebagai kekuatan baru kepada pasukan ini FFML Season 6 Divisi 2 nanti.

Kredit :Instagram Razz Evos

Untuk pengetahuan, Razz merupakan pemain hebat kerana pernah menyertai pencarian bakat Esports Star Indonesia (ESI) Musim ke-3 Free Fire yang saat itu juga Razz dilatih oleh coach EVOS, iaitu Manay.

Bagi EVOS Immortal, kehadiran Razz sebagai pemain baru divisi ini akan membawa mereka kepada prestasi yang lebih baik bagi arena Free Fire. Malahan EVOS Immortal tetap akan menggunakan sistem yang sama seperti Divie dalam FFML Divisi pertama yang lalu.

Pernah bersinar ketika ESI Musim Ke-3 Free Fire, telah membuatkan Manay berminat untuk menyerap Razz ke dalam EVOS Immortal.

Apakah EVOS Immortal akan terus bersinar bersama Razz? Kita tunggu dan lihat nanti !

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Razz dengan memulakan perjalanannya yang baru bersama EVOS Immortal. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *