MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Sedia Untuk Sertai Top Clans Summer Invitational 2022?

ai hyprgame
Kongsi
Sedia Untuk Sertai Top Clans Summer Invitational 2022?

Pentas telah dibuka bagi Hero-Hero Myamnmar, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pendaftaran bagi Top Clans Grassroots 2022 Summer masih lagi dibuka bagi kategori Mobile Legends Bang Bang MLBB. Bagi Indonesia,  Regional Tournament Qualifiers  adalah pada  2 Julai 2022, dan Malaysia, Singapura, Myanmar pula  Tournament Qualifiers pada 3 Julai 2022. Adakah pasukan MLBB anda layak menjadi sebahagian Top Clans Invitational?

Bagi yang masih tidak tahu mengenai Top Clans ini, Top Clans merupakan kejohanan yang menyaksikan pelbagai jenis permainan terbesar yang antaranya menampilkan Rules of Survival, Tom and Jerry Chase, Naraka Bladepoint, Dota 2, dan juga Mobile Legends Bang Bang. 

Kredit : Facebook Top Clans

Pada tahun 2022 ini, Top Clans sekali lagi mengumpulkan pemain daripada divisi Naraka Bladepoints, Mobile Legends Bang Bang dan Dota 2 beradu tenaga didalam acara ini.

Moonton sekali lagi bekerjasama dengan Top Clans untuk acara Mobile Legends Bang Bang dengan menyediakan pelbagai tawaran menarik kepada mereka yang menyertai tournament ini. 

Inilah peluang dan masanya bagi pasukan Mobile Legends Bang Bang daripada Malaysia khususnya untuk bangkit berada dipuncak pertempuran menerusi Top Clans Summer Stage Grassroots sekaligus menjadi pasukan Mobile Legends Bang Bang terhebat di Asia Pasifik. 

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara Top Clans MLBB Invitational Summer Stage, dimana anda akan merebut prize pool terbesar sebanyak 10,000$. 

Untuk pengetahuan, Juara bagi setiap Regional Playoffs Tournament akan diberikan peluang untuk beraksi ke acara  Top Clans MLBB Invitational Summer Stage. Manakala 1st Runner up pula akan melayakkan diri ke acara Top Clans MLBB Invitational Summer Stage

Selain Malaysia, Indonesia, Singapuran dan Myammar, pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB daripada region Filipina juga telah memulakan perlawanan ini pada 25 Jun 2022 yang lalu. 

Kredit : Youtube Chunshun TV

Pasukan EL Ganador Knights dan Aug3 Esports telah berjaya berada di tangga teratas (TOP) bagi Philippines Qualifiers of the Top Clans Grassroots 2022 Summer Stage for MLBB! 

Jadi buat pasukan Malaysia yang berminat untuk menyertai perlawanan ini, anda boleh mula mendaftar di pautan link yang disediakan di Facebook rasmi Top Clans. Anda boleh menyemak segala maklumat dan kriteria bagi menyertai acara ini dan borang penyertaan juga telah disediakan oleh pihak Top Clans melalui pautan Facebook rasmi mereka.  Semoga berjaya. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *